SECANKIR KASIH KE UMMU HANI

Tuesday, November 2, 2010


Ustaz Shariff Baharom (dua dari kiri) mendengar sebahagian anak didiknya yang cacat penglihatan membaca al-Quran dalam bentuk Braille di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia, Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. (Gambar hiasan - sumber Utusan Malaysia)

1. Atas cadangan TV3, drama saya SECANKIR KASIH 13 episod telah ditukar tajuknya pada UMMU HANI sesuai dengan nama pada watak utamanya yang bakal dilakunkan oleh Diana Danielle.

2. Cerita ini turut memaparkan bagaimana Ummu Hani terlibat secara langsung dalam membantu PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (POCPIM) dan DARUL QURAN JAKIM menerbitkan quran braille yang diterbitkan dengan menggunakan teknologi komputer yang pertama di Asia Pasifik.

3. Shooting drama ini dijangka akan bermula pada 9 Nov ini dan episod pertama akan ditayangkan pada 7 Dis ini di slot LESTARY di TV3 sempena sambutan Maal Hijrah.

4. Drama UMMU HANI adalah sebuah kisah cinta remaja tapi cuba mengangkat tema dan latar yang sedikit berbeza dari kebiasaan.

Comments

No response to “SECANKIR KASIH KE UMMU HANI”
Post a Comment | Post Comments (Atom)