TAK RUGI MERENDAH DIRI

Saturday, January 9, 2010


Mansor Puteh & Ku Seman Ku Hussain

1. Tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia hari ini mengenai The Residency Years karya dan arahan Mansor Puteh agak bersifat play safe.

2. Ku Seman mungkin benar dalam pendapatnya bila menyatakan dokumentari tersebut "bukanlah yang terbaik tetapi tidak juga sampai ia ditolak" jika kos penerbitan dan pembikinan dokumentari tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Mansor Puteh atau Ku Seman sendiri.

3. Dana sebanyak RM170,000.00 kepada Mansor Puteh itu sebenarnya adalah datang dari duit rakyat yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan kemudiannya disalur dan diamanahkan kepada FINAS melalui peruntukan Kementerian Kewangan Malaysia.

4. Maka Finas mempunyai hak untuk menegur malah meminta agar dokumentari tersebut diperbaiki agar sesuai untuk tontotan masyarakat main stream. Masyarakat kita memang mahukan sebuah karya yang terbaik, unik dan tulin (unique & original) tapi tidaklah sampai mereka menuntut sebuah karya 'menongkah konvensional' seperti yang cuba diperkenalkan oleh Mansor Puteh. 13 perkara yang dikomen oleh Finas terhadap karya Mansor Puteh itu membuktikan Mansor Puteh telah gagal mencapai benchmark yang dikehendaki oleh Finas.

5. Saya sendiri pernah menulis skrip dokumentari dengan menggunakan dana Finas. Memang meletihkan apabila panel penasihat Finas meminta skrip dirombak beberapa kali untuk mencapai benchmark atau standard yang mereka kehendaki. Tapi semua itu dilakukan oleh Finas untuk memastikan karya itu berada pada tahap paling minimum kesesuaian tayangan untuk manafaat pengkarya dan penonton sasaran.

6. Sikap panas baran dan kegagalan mengurus dan mengawal ego sebagai seorang pengkarya jangan diharap akan mendapat simpati ramai. Malah sokongan boleh bertukar kepada kebencian dan rasa meluat masyarakat terhadap sikap tidak profesionalisme kita itu. Ini mungkin kelemahan dan kekurangan Mansor Puteh.

7. Tidak rugi jika kita merendah diri.

  • 13 perkara perlu diperbetulkan sepertimana disenaraikan oleh Finas pada karya The Residency years seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

    1. Konsep tidak jelas.

    2. Mesej tidak disampaikan dengan jelas.

    3. Jalan cerita dan treatment tidak tersusun.

    4. Kisah Peti Besi yang tidak dibuka selama 30 tahun, tidak diceritakan dengan jelas.

    5. Ada ketika visual ‘silent’ hingga dua minit dilatari muzik semata-mata. Gaya temu bual responden dipaparkan bersama visual baik serta mengesankan tetapi kualitinya tidak memuaskan dan terlalu berulangan, ia mengurangkan tumpuan pada dramatik cerita.

    6. Komposisi shot yang tidak kreatif.

    7. Grafik dan suntingan tidak sempurna.

    8. Teknik penyampaian secara ‘non narated’ tidak sesuai untuk persembahan dokumentari biografi tokoh sehebat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

    9. Terlalu banyak foto tanpa naratif suara membuatkan penyampaian maklumat tidak sempurna, malahan mengelirukan apabila foto Tunku Abdul Rahman bercampur aduk dengan foto Rokiah Puteh dan Puteh Sulong.

    10. Babak sidang media di RA Gallery untuk pameran fotografi The Residency Years hanya menampilkan Raja Ahmad dan Mansor Puteh; rakaman hand held (genggaman tangan) dengan tiada perhatian kepada pencahayaan dan framing.

    11. Kunjungan Syed Abdullah ke peringatan tidak dijelaskan sehingga menghilangkan sentimen emosi serta dramatik persejarahan di kediaman tersebut.

    12. Kunjungan ke Little Stukely di London menarik dan menampakkan usaha penyelidikan tetapi dibuat secara santai dan tiada perancangan penggambaran yang tersusun.

    13. Lagu dinyanyikan untuk Tunku Abdul Rahman pada penghujung dokumentari terlalu santai untuk dihadiahkan kepada tokoh hebat. Lagu dan penyampaian tidak sesuai.


  • Comments

    One response to “TAK RUGI MERENDAH DIRI”
    Post a Comment | Post Comments (Atom)

    Ajami Hashim said...

    bak kata upin & ipin "betul! betul! betul!" :)

    January 12, 2010 at 2:12 AM