SEPARUH NYAWA KU PERGI

Friday, January 22, 2010



PENGUMUMAN
.

SAYA SEKELUARGA TELAH DISAMUN PADA JAM 2.30 PETANG KHAMIS LALU. SEKUMPULAN 4/5 ORANG LELAKI MELAYU MEMAKAI TOPI KELEDAR BERSENJATAKAN PISAU TELAH MENYERBU KE DALAM RUMAH SECARA TIBA-TIBA KETIKA SAYA SEDANG MELAYARI INTERNET. PISAU DILETAKKAN KE LEHER SAYA. MUNGKIN KERANA MULUT SAYA YANG 'MEMBEBEL' DAN 'CELUPAR' MEREKA TELAH MELANYAK, MEMBELASAH DAN MEMUKUL SAYA DENGAN TERUK SEHINGGA SAYA CEDERA DI MATA DAN TERPERESOK DI BAWAH MEJA. KETIKA ITU SAYA RASA 'SEPARUH NYAWA KU PERGI'.
.

MEREKA KEMUDIAN TELAH MEMBAWA LARI LAP TOP, PEN DRIVE, BROAD BAND, HAND PHONE, KAMERA, SEJUMLAH KECIL WANG TUNAI DAN BEBERAPA BARANGAN LAIN LAGI. AKIBATNYA SAYA TELAH TURUT KEHILANGAN SEMUA DATA DALAM LAP TOP DAN PEN DRIVE. SAYA JUGA KEHILANGAN RATUSAN NAMA DAN NOMBOR TALIPON KENALAN SERTA RAKAN TAULAN YANG TERSIMPAN DALAM HAND PHONE YANG TELAH DI BAWA LARI.
.

KINI SEMENTARA WAKTU, SEHINGGA SAYA MENGUMPUL DUIT UNTUK MEMBELI LAP TOP BARU, SAYA HANYA MAMPU MELAYARI INTERNET DAN MENULIS ENTRY DI BLOG SAYA INI MELALUI SEBUAH KAFE CYBER BERHAMPIRAN DENGAN RUMAH SAYA SAHAJA.
.
WALAU APAPUN SAYA BERSYUKUR ANAK DAN ISTERI SAYA TIDAK DIAPA-APAKAN. SAYA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN POLIS MENGATAKAN KECUAIAN SAYA TIDAK MENGUNCI PINTU PAGAR DAN PINTU RUMAH MUNGKIN TELAH MENYEBABKAN PENJENAYAH 'TERPANGGIL' UNTUK 'SINGGAH' DAN MENYAMUN DI RUMAH SAYA.
.

SAYA MENGAMBIL IKHTIBAR DARI KEJADIAN TERSEBUT.

Comments

11 Responses to “SEPARUH NYAWA KU PERGI”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

UstazCahaya said...

Salam Ziarah Tuan Zabidi.

Innalillahi wa inna ialaihi raji'un..

Saya berdoa semoga Tuan sekeluarga dibantu Allah dan digantikan oleh-NYA dengan ganti yang lebih baik, dan semoga para penyamun itu dapat ditumpaskan oleh polis secepatnya, agar mereka tidak terus-terusan berbuat kejahatan. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

January 23, 2010 at 5:11 AM
emjayakula said...

Bersabarlah... tentunya ada hikmah Allah di sebalik setiap kejadian...

January 23, 2010 at 6:07 AM
elmaaniq said...

Semoga Tuan tabah dengan ujian dariNYA

January 24, 2010 at 9:39 PM
Nor Faznita Bt Md Nor said...

Ah terkejut dengan berita ini. Terimakasih kerana sudi memaklumkan kejadian ini, saya juga mengambil iktibar. Alhamdulillah Zabidi sekeluarga selamat!

Bersabar ya.

January 25, 2010 at 1:28 AM
mohamadkholid said...

salam. semoga tuan tabah dgn musibah ini...

February 1, 2010 at 7:42 PM
Man said...

Rumah Tuan Haji di mana? Ampang atau Serdang?

Semoga Alllah memberikan pahala dgn musibah ini dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik

February 7, 2010 at 6:08 AM
Anonymous said...

terkejut dengan berita ini namun saya bersyukur en zabidi sekeluarga selamat dan saya bersyukur kerana tekah mendapat hidayah dari iktibar ini...

February 7, 2010 at 9:31 PM
Anonymous said...

terkejut dengan berita ini namun saya bersyukur en zabidi sekeluarga selamat dan saya bersyukur kerana tekah mendapat hidayah dari iktibar ini...

February 7, 2010 at 9:31 PM
farina abdullah said...

Allah maha besar. sabarlah tuan. dugaan dari yg Esa. Insyaallah rezeki tuan akan di murahkan lagi. arwah moyang saya selalu berpesan jika sesuatu barang milik kita itu tiba2 di rampas mungkin Allahg mahu memberikan yang lebih baik dr apa yang kita ada sekarang...

February 9, 2010 at 5:48 AM
PRO ISLAM said...

Salam.
Takziah pada saudara yang ditimpa musibah, moga tuan bersabar dengan ujian ALLAH dan istikamah dengan perjuangan ISLAM.

February 17, 2010 at 11:35 PM
birudamai said...

Salam Ziarah Tuan Zabidi.
Walaupun cerita ni dah lama tapi saya tetap nak ucapkan Innalillahi wa inna ialaihi raji'un..

March 23, 2010 at 8:11 AM