Showing posts with label USTAZ HAZRIZAL ABD JAMIL. Show all posts
Showing posts with label USTAZ HAZRIZAL ABD JAMIL. Show all posts

HANI - SAIFULISLAM.COM

Tuesday, January 4, 2011

Pertemuan saya dengan Ustaz Hasrizal pada 2.Jan baru-baru ini ketika kami sama-sama menjadi tetamu di TV Al Hijrah.

SILA BACA TULISAN USTAZ HASRIZAL MENGENAI KEMUNCULAN BUKUNYA 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA' DALAM DRAMA SAYA 'HANI' DI SAIFULISLAM.COM

SMS DARI SINGAPURA

Friday, July 2, 2010

Masjid Al Naeem, Singapura.

Sms yang saya terima dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil di Singapura lewat malam tadi :

"Salam ustaz.Tayangan Cinta Sempurna di Masjid Al Naeem Singapura sangat berjaya Alhamdulillah. Ramai remaja hadir dan menonton dengan tekun drama melayu PERTAMA mereka.Drama yang menyebabkan remaja ini berbual serius sesama mereka tentang dialoq2 CS.Alhamdulillah".

ALHAMDULILLAH

PENUKARAN TAJUK DRAMA

Thursday, December 24, 2009


PENGUMUMAN
.
1. Minggu lepas Astro telah meminta saya mencari tajuk lain bagi drama saya AKU TERIMA NIKAHNYA yang sekarang masih sedang shooting.Tajuk itu telah diberi oleh penerbit drama tersebut sebelum ini yang juga adalah syarikat bersekutu kepada Galeri Ilmu Sdn Bhd yang telah menerbitkan buku AKU TERIMA NIKAHNYA tulisan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
.

2. Bagi mengelakkan drama tersebut dikaitkan dengan buku Ustaz Hasrizal, saya cepat menyetujuinya kerana story line drama tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan buku Ustaz Hasrizal apatah lagi saya sendiri belum pernah berkesempatan membacanya buku best seller tersebut.
.

3. Saya telah mencadangkan tajuk baru 'YANG MANA SATU' kepada Astro Oasis.
.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk minta maaf pada Ustaz Hasrizal Abd Jamil jika tajuk drama saya ini telah menimbulkan kekeliruan pada para pembaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA.
.
4. Drama tersebut akan menamatkan shooting pada 26.Dis (Sabtu) ini dengan penglibatan seorang lagi ikon Oasis.

CINTA SEMPURNA DI YOUTUBE

Tuesday, August 18, 2009

BAGI YANG TIDAK MELANGGAN ASTRO DI RUMAH ATAU PARA PELAJAR DI IPT - 'CINTA SEMPURNA' JUGA BOLEH DITONTON DAN DIDAPATI PADA YOUTUBE. SETIAP EPISOD AKAN DI DOWNLOAD KE YOUTUBE SEJURUS SELEPAS TAYANGAN DI CHANNEL OASIS. JUGA BOLEH DIDAPATI DI http://hazel2k.blogspot.com.