MUNCUL DALAM PROGRAM ;ASSALAMUALAIKUM' DI TV AL HIJRAH PADA 15.NOV

Saturday, November 17, 2012


1. Saya telah dijemput ke program ASSALAMUALAIKUM di TV al Hijrah pada 15.November sempena Maal Hijrah dan sambutan ulang tahun ke 2 penubuhan TV al Hijrah.

2. Saya telah diminta berkongsi rasa mengenai pengalaman saya menghasil dan menyumbang drama patuh syariah di TV al Hijrah. Amin Idris dan Farah Adeeba menjadi pegacara pada rancangan tersebut.

3. Alhamdulilah sepanjang dua tahun penubuhan TV al Hijrah saya sempat menyumbang 5 buah drama iaitu KURMA AJWA UNTUK NAJWA, MAQAM, DOA UNTUK AKU yang semuanya adalah drama berantai. Untuk telemovie saya telah menyumbang 2 buah drama iaitu KALUT RAYA dan AKU BUKAN HAJI.

4. Saya berterima kasih pada TV al Hijrah kerana telah memberi kepercayaan dan kesempatan pada saya untuk menyumbang karya saya di TV al Hijrah. Saya harap peluang ini akan diberi lagi pada masa-masa akan datang.

5. Selamat menyambut ulang tahun ke 2 pada TV al Hijrah.


Comments

No response to “MUNCUL DALAM PROGRAM ;ASSALAMUALAIKUM' DI TV AL HIJRAH PADA 15.NOV”
Post a Comment | Post Comments (Atom)