Saya telah muncul dalam program
SELAMAT PAGI MALAYSIA TV1 pada 19.November untuk promo drama saya
SEDETIK LEBIH (13 episod) yang telah mula bersiaran sejak 14. November lalu di TV1> drama tersebut akan bersiaran dari Isnin-Khamis 11.30am-12.30am.
|
Bersama barisan pelakon Kharil Anuar, Taha Wahid dan Nas Adilla. |
|
Sinopsis :
Kisah dua orang bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang tinggal di Thailand menyaman kerajaan Malaysia untuk membolehkan mereka kembali ke tanah air apabila mendakwa kerajaan Malaysia tidak mematuhi Perjanjian Damai Haadyai yang ditanda tangani pada 1989. Tan Sri Peguam Negara telah mengarahkan Dato' Peguam Cara Negara Bahagian Sivil di Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan Malaysia dalam kes saman tersebut di Mahkamah Persekutuan.
Dua anggota PKM ini telah dibela oleh seorang peguam yang lama tinggal di New Zealand tapi pulang secara tergesa-gesa untuk membela anggota PKM ini. Peguam ini mengambil kes PKM semata-mata kerana mahu membalas dendam pada Dato' Peguam Cara Negara. Kedua mereka adalah rakan sekelas semasa menjadi putera di Maktab Tentera Di Raja pada tahun awal 70an. Dendam peguam ini sebenarnya adalah kerana Dato' Peguamcara Negara yg dimusuhinya itu telah berkahwin dengan bekas kekasihnya. Peguam ini telah lari keluar England dan kemudian ke New Zealand selepas terlibat dalam demonstrasi pelajar universiti pada 1974 ketika isu Baling.
Saya dapat idea tulis cerita ini kerana ketika Perjanjian Damai Haadyai 1989 itu, saya kebetulan tinggal di sebelah hotel di mana PKM, pihak SB Malaysia dan SB Thailand mengadakan pertemuan akhir mereka sebelum termetrinya perjanjian damai tersebut.
Drama tersebut adalah terbitan
World Evolution Brain Sdn Bhd dan diarahkan secara bersama oleh
Jurey Rosli dan
Hazreen Hakim. Seramai 300 orang putera-putera di
Maktab Tentera di Raja Sungai Besi dan Komandennya juga turut terlibat sebagai pelakon tambahan dalam drama ini.