MAQAM

Sunday, July 10, 2011

Bersama Jurey Rosli (dua dari kiri) dan Ziela Jalil di TV Al Hijrah pada 1 Julai

Skrip drama saya yang telah saya perap hampir 8 tahun 'MAQAM' akan diterbitkan oleh Pena Creative Sdn Bhd milik Ziela Jalil untuk terbitan di tv al hijrah. Drama tersebut akan diarahkan oleh Jurey Rosli yang juga merupakan Presiden Persatuan Penerbit tv Malaysia.Sebahagian besar lokasi drama ini saya cadangkan akan dibuat di Kedah. Kebetulan ketika ini saya dengan usahasama Ustaz Zaharudin Zabidi dan PTS sedang merancang penerbitan novel atas tajuk yang sama. Saya senaraikan di bawah ini perancangan seterusnya untuk drama 12 episod tersebut :

1. 1 Ogos ( 1 Ramadhan) - siap skrip.
2. Sepanjang Ramadhan - recee lokasi dan mengenal pasti barisan pelakon.
3. Pertengahan syawal Pre-pro.
4. Hujung syawal - mula shooting (antara 25-35 hari)
5. Oktober - penerbitan novel MAQAM untuk jualan dipasaran.
6. November - hantar finish produk pada TV Al Hijrah untuk QC.
7. 7 December - tayangan episod pertama MAQAM.

Mesyuarat kedua pada Jun baru-baru ini sambil minum bersama Ustaz Rohidzir dan Bahrudin Bekri dari PTS mengenai penerbitan novel MAQAM.
Bersama Ustaz Zaharudin Zabidi yang akan menulis novel MAQAM.
Mesyurat pertama di PTS pada February lepas.

Sinospis - kisah seorang wartawan muda datang ke sebuah pondok pengajian untuk mencari maqam Sheikh Abdul Samad Al Palembani yang mati di bunuh oleh tentera Siam pada 1823 tapi terperangkap dalam cinta terlarang.

DOAKAN AGAR USAHA MENERBITKAN DRAMA GENRE ISLAMI INI AKAN DIPERMUDAH DAN DIBERKATI ALLAH.

Comments

No response to “MAQAM”
Post a Comment | Post Comments (Atom)