BUDAYA 'PROTECTIVE ELITE' DALAM PERSATUAN & KESATUAN

Monday, July 25, 2011

Bersama Jurey Rosli pada 24.July pada hari yang sama akhbar menyiarkan penarikan diri PFM dari GAFIM.
1. Saya telah menemui Jurey Rosli sebaik sahaja terbaca keluhan dan tuduhan Datuk Paduka Suhaimi Baba terhadap cara pemilihan kepimpinan GAFIM yang baru di mana Jurey telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden GAFIM yang baru. Jurey juga adalah Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM). Suhaimi Baba dalam kenyataannya di beberapa akhbar tempatan telah menyatakan PFM keluar dari menjadi ahli dalam GAFIM.

2. Saya nyatakan pada Jurey jika benar saperti dakwaan Suhaimi Baba bahawa terdapat unsur beli undi atau elemen rasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan GAFIM yang baru, maka jalan terbaik yang patut dilakukan oleh Suhaimi Baba dan PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia), ialah melapurkannya sahaja kepada SPRM dan bukannya menulis surat kepada semua persatuan dalam GAFIM untuk menyatakan kekecewaan dan ketidak puasan hatinya itu. Tuduhan Suhaimi Baba mengenai ujudnya elemen rasuah dalam pemilihan kepimpinan baru GAFIM amatlah berat.
 
3. Namun hari ini keluar pula kenyataan Norman Abdul Halim di akhbar yang mengatakan PFM keluar dari GAFIM kerana PFM tidak perlukan orang tengah untuk memperjuangkan nasib penerbit filem. Menurut Norman lagi PFM sepatutnya duduk pada jawatan memimpin atau menerajui GAFIM dan bukannya dipimpin.Walau apa pun hujah Norman mengeluarkan kenyataan sebegitu, saya melihat kenyataan itu tersangat ego dan angkuh.

4. PFM tidak boleh menganggap GAFIM diujudkan hanya untuk memperjuangkan nasib para penerbit filem sahaja. Siapa sahaja dalam gabungan yang dinaungi oleh GAFIM boleh dicalonkan dan bertanding. Jangan kerana sikap merasa diri lebih superior, lebih educated dan lebih banyak invest dalam industri perfileman, PFM beranggapan mereka sahaja yang layak dipilih untuk memegang jawatan Presiden. Apatah lagi sesiapa sahaja yang memegang jawatan Presiden GAFIM secara automatik akan dilantik juga menjadi Timbalan Pengerusi FINAS.

5. Kenyataan Suhaimi Baba dan Norman membuktikan sikap elitis sudah mendarah daging dalam PFM. PFM sudah menjadi seolah-olah The Protactive Elite Group dalam industri hiburan yang hanya mahu mengutamakan kepentingan kelompok mereka sahaja.Sikap 'kebangsawanan' yang mereka ujudkan ini secara tidak langsung akan mengkasta-kastakan pemain industri.

6. Jika budaya protactive elite ini mahu dikekalkan dalam sikap, cara dan gaya kepimpinan PFM, maka eloklah PFM keluar dari GAFIM dan bergerak atas nama sendiri.

7. GAFIM dibawah kepimpinan barunya harus terus bergerak untuk mencari idea-idea baru lagi konkrit, merancang dan melaksanakan semua agenda yang telah mereka susun sebelum ini.

8. Membina kesatuan dalam persatuan tidak perlu pada sikap egois kebangsawanan.

Comments

No response to “BUDAYA 'PROTECTIVE ELITE' DALAM PERSATUAN & KESATUAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)