BOB LOKMAN

Sunday, February 27, 2011

SAYA AKAN USAHAKAN BOB LOKMAN DAPAT BERLAKUN DALAM DRAMA SAYA PADA MASA-MASA AKAN DATANG. RUANG DAKWAH UNTUK ORANG SEPERTINYA AMAT LUAS. CUMA WATAK UNTUKNYA PERLU DI SESUAIKAN DENGAN PENGHIJRAHANNYA KINI. PASTINYA WATAK YANG MENDIDIK PENONTON PALING SESUAI UNTUKNYA.

INSYAALLAH

ANUGERAH SERI ANGKASA 2011

Friday, February 18, 2011

Saya meramalkan pada ANUGERAH SERI ANGKASA (ASA) 2011 jam 8.30 malam ini, anugerah Drama Terbaik, Pengarah Terbaik dan Skrip Terbaik akan diperolehi dari drama SONGKOK terbitan World Evolution Brain untuk RTM. 

Alasan saya membuat ramalan begitu adalah kerana ASA adalah sebuah majlis anugerah yang hanya mencari drama terbaik yang mempunyai elemen kemelayuan dan patriotisme yang tinggi.

HANYA SEKADAR RAMALAN SAHAJA

HANI - GAMBAR SHOOTING DI DARUL QURAN, JAKIM

Wednesday, February 16, 2011














TERIMA KASIH DARUL QURAN

THE WINNER TAKES IT ALL

Sunday, February 13, 2011




1. Mesyuarat Agung SWAM pada 12hb Feb baru-baru ini menyaksikan bagaimana ada individu yang tidak pernah menulis skrip telah dilantik menjadi AJK SWAM yang baru dibawah pimpinan Presiden yang sama iaitu Ismail Ahmad.

2. Dalam FB Gabungan Penulis Skrip Bebas sudah ada dari kalangan ahli yang telah menyatakan kekecewaan hingga mengistiharkan diri keluar dari keahlian SWAM sebagai tanda protes. Sejauh mana seorang individu yang bukan seorang penulis skrip mampu memperjuangkan nasib dan memertabatkan industri penulisan skrip di Malaysia amatlah diragukan.

3. Saya mencadangkan agar Perlembagaan SWAM dipinda agar hanya ahli yang pernah sekurang-kurangnya menulis satu (1) skrip drama sahaja dibenarkan menjadi AJK SWAM.

4. Tahniah dan takziah pada kepimpinan SWAM yang baru (sessi 2010/2013).

5. The winner takes it all. The loser have to fall.

HANI - RATING EPISOD 9

Thursday, February 10, 2011

RATING EPISOD 9 - 2.208 JUTA PENONTON