SONGKOK

Friday, August 27, 2010


1. Saya sempat menonton dvd drama telemovie SONGKOK arahan Award Winning Director, Jurey Rosli ketika kami ke Kota Bharu, Kelantan untuk bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar, Kelantan Feb 2010 lalu.

2. Walaupun hanya menonton dalam kereta ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tapi saya begitu khusyuk dan teruja menontonnya sehinggakan Jurey Rosli yang memandu ketika itu langsung tidak menegur saya.

3. SONGKOK yang ditulis skripnya oleh Award Winning Scriptwriter, Marthias Ali dan menggunakan khidmat Award Winning D.O.P (Cameraman) Indra Che Muda adalah antara drama bertema kemerdekaan yang terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.

4. Cuma sayangnya drama sebaik ini mengikut rating yang dibekalkan oleh RTM hanya ditonton oleh sekitar 300,000 penonton sahaja. Ini mungkin kerana RTM telah memilih untuk menayangkannya pada hari pertama Ramadhan 2009 jam 8.30 malam ketika umat islam sibuk untuk menunaikan solat isyak dan terawikh.

5. Drama sebaik ini patut diulang tayang pada masa yang sesuai tapi setahu saya ianya tidak terpilih untuk diulang tayang sempena Sambutan Kemerdekaan ke 53(2010) kali ini.

6. SONGKOK walau bagaimanapun telah disenarai pendek untuk memenangi drama terbaik pada ANUGERAH SERI ANGKASA yang dijangka akan diadakan pada Feb 2011 akan datang.

7. Saya meramalkan SONGKOK akan memenangi kategori, drama terbaik, skrip terbaik, pengarah terbaik, pelakun lelaki terbaik dan D.O.P terbaik.


Comments

2 Responses to “SONGKOK”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Life goes on... said...

saya bersetuju dgn pandangan yang diutarakan berkenaan waktu siaran karya-kaya yang baik dan bermutu dari RTM. Pihak RTM perlu lebih bijak mengatur waktu siaran supaya karya-karya tersebut tidak terlepas pandang oleh masyarakat kita.

September 20, 2010 at 9:46 PM
bicara mak dara said...

Syukur alhamdullilah drama SONGKOK telah berjaya memenangi dua anugerah di malam pertama Anugerah Sri Angkasa dalam kategori "Audio Terbaik" dan "Editor Terbaik" tahniah kepada pemenang.. kepada semua crew dan cast dan terutama kepada producer En Jurey Rosli..

February 18, 2011 at 6:40 AM