ENGKAU LAKSANA BULAN

Thursday, April 15, 2010

.
1. Selalunya bila mencari idea untuk sesuatu drama saya akan mencari dahulu latar yang hendak digunakan. Selepas mengenal pasti latarnya baru saya akan mula mencari story linenya.
.
2. Latar yang saya cari seboleh-bolehnya adalah latar yang jarang digunakan oleh mana-mana drama lain. Maksud saya, saya mengelak menggunakan latarnya sawah padi, aktiviti nelayan di pengkalan atau kisah konflik masyarakat melayu di kampung yang merebut harat pesaka atau golongan korporat melayu di bandar yang merebut saham syarikat.
.
3. Menjadikan kisah suka duka kehidupan para pelajar atau dipanggil sebagai 'Putra' di Royal Military College (RMC) atau juga dikenali sebagai Maktab Tentera (MTD) Di Raja di Sungai Besi sebagai latar drama sudah lama menjadi minat saya. Satu-satunya sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia yang mendapat pentaulihan Di Raja. RMC di anggap sebagai 'A place where a boy is turn into a men' bagi sesetengah pihak terutamanya dikalangan bekas pelajarnya yang dipanggil Old Putra (OP).

Gambar-gambar di lokasi yang diambil pada 2006

.
4. Saya berkesempatan menulis skrip telemovie bertajuk ENGKAU LAKSANA BULAN pada 2006. 90% lokasinya dilakukan di RMC sendiri. Malah dengan kerjasama serta sokongan penuh dari RMC dan MINDEF, seramai lebih 200 putra RMC telah dilibatkan sebagai pelakun xtra dalam drama ini.
.
5. Sinospsis - kisah seorang pelajar pintar tingkatan 4 di luar bandar yang 'lembik' dan penakut selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Pelajar ini akhirnya telah dihantar oleh ayahnya ke RMC untuk mengubah sikapnya. Pelajar ini akhirnya berubah apabila di RMC budaya mempertahankan 'kompeni' dikalangan para putranya menjadikannya lebih berani untuk mempertahankan hak dan keyakinan dirinya.
.
6. Anak lelaki sulung saya Muhammad Ubadah bin Zabidi yang ketika itu berumur 14 tahun dan Farah Nabila binti Zabidi yang ketika itu berumur 7 tahun turut berlakun sebagai pelakun tambahan memegang watak sebagai anak komandan RMC. Muhammad Ubadah kini adalah salah seorang putra tingkatan 5 di Kompeni Foxtrox.
.
.
7. Drama ini telah mendapat rating yang tinggi ketika ditayangkan di RTM apabila ditonton oleh lebih dari sejuta penonton hingga ianya telah dicalonkan untuk mewakili RTM2 ke Anugerah Skrin TV3, 2007. Walaupun tidak memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan, saya bangga dapat melahirkan sebuah drama yang mempunyai latar yang unik dan berbeza dari drama-drama lain. Menurut komandan RMC ketika itu, inilah kali pertama sejak RMC ditubuhkan pada 1952, sebuah drama diterbitkan dengan menjadikan RMC sebagai lokasi sepenuhnya.
.
8. Saya ada menghantar proposal kepada RTM melalui proses pitching baru-baru ini untuk menyambung drama ini secara berepisod. Saya harap RTM boleh mempertimbangkannya.
.

Muhammad Ubadah bin Zabidi, Putra Tahun 5 Kompeni Foxtrox
.

Maklumat lanjut mengenai RMC boleh dilihat melalui web RMC di http://www.rmc.edu.my/mtd/

Comments

5 Responses to “ENGKAU LAKSANA BULAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Sheila Shahir said...

Salam tuan Zabidi, sya ada menonton drama tuan baru2 ini, siaran ulangan pada pukul 2 pgi gamaknya.. TAHNIAH! kerana drama ini,lain dari yg lain dan wpun sempoi, tpi mmg menarik hati dgn gelagat & telatah watak2 d dlm drama tersebut.. banyak pengajaran yg kita dpt dri drama ini.. amat terhibur, gelak sorang2 kul 3 pagi.. :)

September 21, 2010 at 6:01 AM
Anonymous said...

Salam, I haven't watch your movie however I heard that it was good and entertaining. Well, I want to watch the movie but where can I get it? I hope that you can help me with this matter.thanks.

May 22, 2011 at 7:20 AM
Anonymous said...

salam...di mana saya boleh tonton cerita ini?? tq

May 27, 2011 at 8:14 AM

salam ,boleh tak tayangkan semula cerita ni ,saye nak tengok sgt-2 ,kat mane ye boleh tengok ?

December 15, 2011 at 8:58 PM
munirah said...

adik sy sekrng pelajar mtd sbb sngt berminat setelah menonton drama.. boleh tak ulang tayang drama ni lagi.. semperna BULAN kemerdekaan... harap2 sngt!!

August 30, 2012 at 12:58 AM