IP MAN

Friday, April 30, 2010

IP MAN 2 (2010)

1. Saya telah menonton IP MAN 1 tahun lepas dan kelmarin saya sempat menonton IP MAN 2 dipanggung.


2. Saya begitu mengkagumi garapan dan jalan cerita IP MAN yang mengangkat seni bela diri sebagai subject mendokong semangat patriotism bangsa China.


3. IP MAN 1 mengajak penonton membenci kekejaman dan sikap imperialism Jepun ketika menjajah China. Dan IP MAN 2 mengajak penonton untuk membenci sikap sombong dan egoistic imperialis British ke atas masyarakat China di Hong Kong.


4. IP MAN 1 dan IP MAN 2 tidak mempunyai plot cinta tapi hanya mengangkat isu kebanggaan dan kecintaan terhadap seni bela diri tradisional bangsa China.


IP MAN1 (2008)


5. Malah tidak ada babak cinta, muda mudi dalam IP MAN 2.


6. IP MAN membuktikan sebuah filem yang berjaya tidak semestinya terikat kepada teori pengkarya barat yang berpegang kuat pada teori bahawa element i. startegi, ii. tragedy, iii. espionage dan iv. cinta, perlu ada dalam sesebuah story line filem action pack.


7. Filem patriotism melayu, EMBUN dan PALOH cuba menggunakan teori barat dengan mengguna pakai 4 element barat yang dinyatakan di atas. Tapi ternyata gagal malah fakta yang diangkat tidak berpijak pada bumi nyata dan sengaja diada-adakan kononnya untuk menyedapkan cerita.


8. EMBUN sebagai contoh, kata penulis skripnya tidak pernah ujud dalam skrip asal Embun dirogol oleh tentera Jepun. Tapi diujudkan juga tanpa persetujuan penulis skrip atas alasan untuk menambahkan lagi elemen dramatik dan komersial pada story linenya.



9. Prof Emeritus Datuk Khoo Kay Kim sendiri mengikut maklumat penulis skrip pada saya telah menyatakan tidak ada tercatat dalam mana-mana dokumen sejarah tanahair ujudnya wanita melayu yang dirogol oleh tentera Jepun ketika mereka menjajah Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke 2 dahulu.



10. Pengkarya filem di Malaysia patut belajar dari pengkarya filem di Hong Kong bagaimana mereka mengangkat nilai patriotism tanpa perlu merujuk atau terikat pada teori filem barat.

ANTARA SAFA DAN MARWAH

Monday, April 26, 2010

Saie antara 2 buah bukit Safa Dan Marwah di Masjidil Haram.
.
1. Ketika mengerjakan ibadah Saie antara Safa dan Marwah di Masjidil Haram Julai 2009 lalu, saya mendapat idea untuk menggarap sebuah skrip drama yang diilhamkan dari kisah kekuatan cinta, iman dan pengorbanan Hajar isteri kedua kepada Nabi Ibrahim dan ibu kepada Nabi Ismail.
.
2. Sejak itu saya dan isteri selalu memperkatakan tentang sirah Sarah (isteri pertama), Hajar dan Nabi Ibrahim ini. Saya banyak mencari bahan melalui pembacaan dan antara buku yang paling berkesan dan menusuk perasaan saya bila memperkatakan ikhtibar di sebalik kisah pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim ini adalah buku tulisan Dedi Ahimsa bertajuk IBUNDA HAJAR terbitan Rijal Media.
.
.
3. Saya sudah pun mempunyai tajuk untuk drama yang saya cadangkan itu iaitu, ANTARA SAFA DAN MARWAH. Ianya tentang kisah cinta antara dua orang wanita bernama Safa dan Marwah yang mencari erti sebenar apa yang dimaksudkan dengan 'mendahului cinta dan redha Allah melebihi cinta sesama manusia'.
.
4. Erma Fatimah baru-baru ini ada meminta agar drama yang sedang saya fikirkan story linenya ini diberikan kepadanya untuk diterbit dan diarahkan olehnya. Dia begitu teruja apabila saya memberitahunya lokasi di Mekah dan Madinah adalah antara yang saya bayangkan dalam drama tersebut.
.
5. Erma Fatimah pernah mengarahkan drama saya MENCARI NUR KHADIJAH di Mekah dan Madinah pada tahun 2006. Sempat kami mengerjakan umrah bersama dengan krew-krew dan para pelakunnya di sana. Drama tersebut telah memenangi kategori drama dan skrip terbaik pada Anugerah Media Islam Nasional pada tahun 2008.
.
6. Tapi saya belum dapat memberikan drama ANTARA SAFA DAN MARWAH tersebut kepada Erma Fatimah kerana saya masih belum dapat memuktamatkan story line dan konfliknya lagi.
.
7. ANTARA SAFA DAN MARWAH bukan cuba meniru sinetron Indonesia atas tajuk yang sama. Apatah lagi sinetron 500 episod itu tidak mengangkat mesej aqidah dan tauhid yang ada disebalik kisah pengorbanan Hajar dan Nabi Ibrahim.
..
8. Saya akan terus berdoa agar Allah rezekikan saya dengan ilham untuk merangka story line yang terbaik untuk drama ANTARA SAFA DAN MARWAH ini.
.
9. Tidur malam saya tidak akan lena selagi drama yang saya cadangkan ini tidak ditemui story line dan konfliknya. Mengangkat drama genre dakwah seperti ini adalah satu dakwah, amanah dan tanggungjawab untuk saya.
.
10. Doakan saya.

ENGKAU LAKSANA BULAN

Thursday, April 15, 2010

.
1. Selalunya bila mencari idea untuk sesuatu drama saya akan mencari dahulu latar yang hendak digunakan. Selepas mengenal pasti latarnya baru saya akan mula mencari story linenya.
.
2. Latar yang saya cari seboleh-bolehnya adalah latar yang jarang digunakan oleh mana-mana drama lain. Maksud saya, saya mengelak menggunakan latarnya sawah padi, aktiviti nelayan di pengkalan atau kisah konflik masyarakat melayu di kampung yang merebut harat pesaka atau golongan korporat melayu di bandar yang merebut saham syarikat.
.
3. Menjadikan kisah suka duka kehidupan para pelajar atau dipanggil sebagai 'Putra' di Royal Military College (RMC) atau juga dikenali sebagai Maktab Tentera (MTD) Di Raja di Sungai Besi sebagai latar drama sudah lama menjadi minat saya. Satu-satunya sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia yang mendapat pentaulihan Di Raja. RMC di anggap sebagai 'A place where a boy is turn into a men' bagi sesetengah pihak terutamanya dikalangan bekas pelajarnya yang dipanggil Old Putra (OP).

Gambar-gambar di lokasi yang diambil pada 2006

.
4. Saya berkesempatan menulis skrip telemovie bertajuk ENGKAU LAKSANA BULAN pada 2006. 90% lokasinya dilakukan di RMC sendiri. Malah dengan kerjasama serta sokongan penuh dari RMC dan MINDEF, seramai lebih 200 putra RMC telah dilibatkan sebagai pelakun xtra dalam drama ini.
.
5. Sinospsis - kisah seorang pelajar pintar tingkatan 4 di luar bandar yang 'lembik' dan penakut selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Pelajar ini akhirnya telah dihantar oleh ayahnya ke RMC untuk mengubah sikapnya. Pelajar ini akhirnya berubah apabila di RMC budaya mempertahankan 'kompeni' dikalangan para putranya menjadikannya lebih berani untuk mempertahankan hak dan keyakinan dirinya.
.
6. Anak lelaki sulung saya Muhammad Ubadah bin Zabidi yang ketika itu berumur 14 tahun dan Farah Nabila binti Zabidi yang ketika itu berumur 7 tahun turut berlakun sebagai pelakun tambahan memegang watak sebagai anak komandan RMC. Muhammad Ubadah kini adalah salah seorang putra tingkatan 5 di Kompeni Foxtrox.
.
.
7. Drama ini telah mendapat rating yang tinggi ketika ditayangkan di RTM apabila ditonton oleh lebih dari sejuta penonton hingga ianya telah dicalonkan untuk mewakili RTM2 ke Anugerah Skrin TV3, 2007. Walaupun tidak memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan, saya bangga dapat melahirkan sebuah drama yang mempunyai latar yang unik dan berbeza dari drama-drama lain. Menurut komandan RMC ketika itu, inilah kali pertama sejak RMC ditubuhkan pada 1952, sebuah drama diterbitkan dengan menjadikan RMC sebagai lokasi sepenuhnya.
.
8. Saya ada menghantar proposal kepada RTM melalui proses pitching baru-baru ini untuk menyambung drama ini secara berepisod. Saya harap RTM boleh mempertimbangkannya.
.

Muhammad Ubadah bin Zabidi, Putra Tahun 5 Kompeni Foxtrox
.

Maklumat lanjut mengenai RMC boleh dilihat melalui web RMC di http://www.rmc.edu.my/mtd/

THE MEMORY KEEPER'S DAUGHTER

Monday, April 5, 2010


1. Saya berkesempatan menonton drama HBO 'The Memory Keeper's Daughter' baru-baru ini.

2. Sinopsis - sebuah drama ilham dari sebuah novel yang mengisahkan bagaimana seorang ayah yang juga merupakan seorang doktor di sebuah hospital telah menyambut sendiri kelahiran anak sulung kembarnya. Tetapi bila mendapati salah seorang anaknya dilahirkan cacat (downsindrom), dia telah menyerahkan anak yang cacat itu kepada jururawat yang membantunya menyambut kelahiran bayi tersebut. Isteri doktor itu tidak pernah diberitahu bahawa dia sebenarnya telah melahirkan anak downsindrom kerana dia hanya diberitahu anak kembarnya itu meninggal ketika dilahirkan.Hanya 26 tahun kemudian setelah suaminya mati barulah dia mendapat tahu anak itu sebenarnya masih hidup.

3. Apa yang menarik pada saya selain story linenya yang begitu menyentuh perasaan adalah pada garapan cerita tersebut. Faktor 'penolak' dan 'penarik' kepada sebab musabab si doktor tidak dapat menerima hakikat anaknya downsindrom amat meyakinkan saya.

4. Elemen atau faktor 'penolak' dan 'penarik' ini jarang dapat digarap dengan baik dalam kebanyakkan drama melayu termasuk drama-drama dari karya sendiri.


6. Saya banyak belajar dari cara garapan story line drama ini.

7. Sebagai penulis skrip kita kena sedar bahawa kadangkala penonton yang menonton hanya untuk 'merasai' bukan untuk 'memahami'.