CINTA BERTAHAN

Tuesday, March 30, 2010

Pelancong dari Barat dan Jepun paling ramai datang ke Beufort semata-mata untuk merasai keunikan perkhidmatan keretapi berumur lebih 100 tahun ini.
.

1. Entah mengapa saya begitu obsess dan bercita-cita untuk menulis sebuah drama kisah cinta remaja yang berlatar belakangkan 'keretapi'. Mungkin kerana banyak menonton filem hindustan 'keretapi' begitu dekat dengan jiwa saya. Apatah lagi ketika kecil lagi sekitar tahun 70an sebagai anak kepada anggota tentera, saya selalu berpindah randah dari satu kem ke kem yang lain mengikut ayah dengan menggunakan keretapi.
.


Lokasi yang unik dan menarik untuk visual sebuah drama.
.

2. Berkesempatan ke Sabah pada April 2008 baru ini saya begitu tertarik dengan perkhidmatan keretapi kelolaan Jabatan Keretapi Negeri Sabah laluan Beufort-Tenom. Perkhidmatan keretapi ini telah bermula pada tahun 1896 lagi malah merupakan perkhidmatan keretapi yang tertua di Kepulauan Borneo.
.


.

3. Penduduk kampung sepanjang laluan itu akan menggunakan troli buatan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat terutamanya untuk menghantar hasil pertanian mereka ke pekan Beufort.
.
4. Para pelancong barat dan Jepun paling ramai datang ke Beufort untuk menikmati keunikan pemandangan dari keretapi yang serba uzur ini. Malang bagi kita di Malaysia, semenanjung terutamanya yang kurang mengetahui akan ujudnya perkhidmatan keretapi yang sudah berusia lebih seratus tahun ini.
.
5. Saya telah menghantar satu proposal drama kepada sebuah producer dengan harapan mana-mana station tv akan berminat untuk menerbitkannya. Ianya kisah cinta remaja menggunakan tajuk 'Cinta Bertahan' yang diilhamkan dari lirik lagi Archa Septrasia yang menggunakan tajuk yang sama.
.


.
6. Drama yang saya cadangkan dibuat secara episod ini mampu mempromosi sektor pelancungan di Sabah. Saya percaya Kerajaan Negeri Sabah akan menyokong dan membantu penerbitan drama jika ada mana-mana station tv yang berminat.

MY LEGAL OPINION


1. Sebagai seorang bekas peguam dan bekas majistrate saya rasa bertanggungjawab untuk menulis entri ini bagi membela nasib para penulis skrip tanahair.

2. Saya telah terbaca catatan Ayuni Zamani seorang penulis skrip dalam Facebook Group - KELAB FB PENULIS SKRIP MALAYSIA yang mengeluh mengenai satu producer yang telah memintanya membuat treatment drama 13 episod tetapi projek tersebut kemudiannya tidak dapat diteruskan atau dibatalkan. Ayuni bertanya adakah boleh dia menuntut apa-apa bayaran dari producer tersebut bagi treatment 13 episod yang telah disiapkannya itu?

3. Dari keluhan serta pertanyaan tersebut saya dapat membuat satu andaian bahawa persetujuan antara Ayuni dan Producer berkenaan mungkin hanya dibuat secara verbal (janji mulut) sahaja tanpa ujud sebarang persetujuan bertulis.

4. Mengikut pandangan orang awam mereka selalunya akan menggunakan istilah ‘tidak ada kontrak’ antara kedua-dua pihak kerana tidak ada sesuatu yang bertulis. Maka Ayuni akan dianggap tidak punya asas yang kuat untuk menuntut sebarang bayaran. Di pihak producer pula akan dengan sewenang-wenangnya berkata ‘tidak ada sebarang kontrak antara kita’. Mereka akan berlepas tangan.

5. Saya mahu menjawab isu ini dengan terlebih dahulu merujuk dari sudut legal mengenai definasi apakah yang dikatakan sebagai ‘kontrak yang mengikat’ (a binding contract) dalam sesuatu janji dalam melaksanakan satu tugas untuk kepentingan dan manafaat bersama terutamanya dalam konteks monetory.

6. Bolehkan ujud satu kontrak yang mengikat dari sudut legal walaupun tidak ada perjanjian bertulis?

7. Dari sudut legal kontrak mengikat (a binding contract) ujud jika tiga element berikut dipenuhi dalam satu tawar menawar (an invitation to offer) iaitu a. offer (tawaran), b. acceptance dan c. consideration (balasan).

Contoh – si A tuanpunya rumah membuat offer kepada si B untuk menyewakan rumahnya dengan harga RM1000 sebulan. Si B menerimanya secara verbal. Namun setelah lapan bulan tinggal di rumah yang disewanya itu si B tidak pernah membayar sewa yang dipersetujuinya atas alasan tidak ada sebarang kontrak bertulis antara kedua mereka. Bolehkah B menjawab begitu?

Jawabnya – tidak boleh kerana B telah terima (acceptance) tawaran (offer) yang telah dibuat oleh A dan A juga telah membalas (consideration) dengan memberi kunci rumah pada B dan B juga telah tinggal di rumah tersebut selama lapan bulan. Kontrak dianggap ujud di sini walaupun secara verbal.

8. Bagaimana dengan kes Ayuni Zamani? Jawabnya kontrak telah ujud kerana penerbitnya telah menerima balasan (consideration) daripada Ayuni Zamani apabila mereka menerima treatment 13 episod dari Ayuni Zamani apatah lagi atas arahan dan permintaan mereka sendiri.

9. Maka adalah patut dan layak untuk Ayuni Zamani menuntut sejumlah bayaran yang manasabah ke atas khidmatnya menyediakan treatment 13 episod tersebut.

10. Diharapkan sesiapa dari kalangan penulis skrip yang membaca entri ini dan mengenalinya dapat memaklumkan kepada Ayuni Zamani perkara yang saya ulas ini.


BENJY ANAK AZEAN IRDAWATY

Thursday, March 25, 2010

1. Agak malang bagi seorang pelakun yang bagus seperti Benjy anak kepada Azean Irdawaty boleh terlibat dalam dakwaan terlibat dalam pembuatan dan pengedaran dadah.

2. Benjy pernah berlakun dalam drama saya 'KU PETIK BINTANG-BINTANG' beberapa tahun dahulu. Lakunannya memang bagus.

3. Namun hanya Benjy sahaja yang tahu samada dia terlibat atau tidak dalam pertuduhan ke atasnya. Kita hanya boleh menunggu dan melihat apa yang bakal diputuskan oleh mahkamah dalam perbicaraan kelak.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010

Monday, March 22, 2010

.
1. Saya punya hampir 2000-2500 tajuk buku di rumah. Tapi dalam banyak-banyak tajuk buku tersebut ada sebuah buku yang paling mempengaruhi gaya penulisan saya baik dalam penulisan buku mahupun penulisan skrip drama.
.
2. Buku tersebut bertajuk BY WAY OF DECEPTION- 'The Making Of Mossad Officer' tulisan Victor Obstrovsky dan Claire Hoy telah saya baca berulangkali malah masih membacanya hingga kini tanpa jemu.Buku tersebut telah dihadiahkan kepada saya oleh seorang kawan yang menuntut di Amerika sekitar tahun 1996.
.
3. Buku tulisan saya ARQAM - TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA dan MAUNAH - KEBENARAN YANG SEBENAR telah ditulis dengan mengguna pakai cara garapan dan penceritaan dari buku tersebut.
.


.
4. Meniru cara bangsa yahudi menulis dengan kaedah forensic writting mungkin tidak ada pada penulis di Malaysia. Tapi saya berjaya melakukannya dalam kedua-dua buku tulisan saya tersebut.
.
5. Setiap kali ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, saya selalu akan mencari buku-buku tulisan bangsa Yahudi. Tak salah kalau setakat mahu mempelajari tektik dan teknik mereka berkarya.
.

BELON-BELON CINTA

Sunday, March 21, 2010



Berkunjung ke Pesta Belon Panas di Putrajaya pada 20. Mac baru0-baru ini konon-konon untuk cari idea menulis skrip tapi satu idea pun tak dapat. Hanya dapat tajuk saja 'Belon-belon Cinta'. Sekadar riadhah.

JEHAN MISKIN & WAN ELLYAS DI LOKAP - gambar di lokasi drama bersiri 'Sood, Chee Yong & Rakan-rakan' 16.Mac 2010



ME, MYSELF & THE MAGISTRATE- di lokasi drama bersiri 'Sood, Chee Yong & Rakan-rakan 18.Mac.2010