Showing posts with label SECANGKIR KASIH. Show all posts
Showing posts with label SECANGKIR KASIH. Show all posts

SECANGKIR KASIH (3)

Monday, August 16, 2010

1. TV3 pada mulanya mahu menayangkan SECANGKIR KASIH pada 2011. Namun tarikhnya masih belum dapat dipastikan.

2. Tapi Khamis lepas TV3 telah menalipon En Yusri Yusof penerbitnya (Layar Consult Sdn Bhd) yang kebetulan berada di Mekah menyatakan TV3 mahu menayangkan SECANGKIR KASIH pada November 2010 ini.

3. Saya harus menyiapkan skrip 9 episod SECANGKIR KASIH ini sebelum aidilfitri kerana jika tayangan ditetapkan pada November, shooting mesti dilakukan pada minggu pertama syawal.

SECANGKIR KASIH (2)

Wednesday, August 4, 2010


1. Saya pernah menulis dalam blog ini mengenai proposal drama SECANGKIR KASIH yang pernah saya bentangkan pada TV3 sebelum ini. Dalam entry tersebut ada saya nyatakan bagaimana saya menjangkakan TV3 mungkin tidak berminat dengan story line dan konsep drama itu. Konsep dan tema SECANGKIR KASIH sebenarnya diilhamkan dari sebuah drama Jepun ONE LITTER OF TEARS yang pernah popular pada tahun 2008 dahulu. Namun story line SECANGKIR KASIH sebenarnya adalah berdasarkan satu kisah benar yang telah diceritakan oleh Al Hafizah Ustazah Asni Abu Mansor pada saya ketika shooting drama AKU TERIMA NIKAHNYA. SECANGKIR KASIH tidak ada scandalous element (rogol, bunuh, cinta tiga segi, zina, curang dsbnya) yang boleh menaikkan rating penonton.Mungkin kerana itu saya yakin TV3 tidak akan menerima SECANGKIR KASIH.

2. Namun dua minggu selepas pembentangan pertama di HQ TV3 di Damansara itu saya telah diminta membentangkan sekali lagi proposal SECANGKIR KASIH itu pada CEO mereka Datuk Seri Farid Riduan di Seri Carcosa Negara.

3. Ketika pembentangan dihadapan Datuk Seri Farid Riduan itu saya telah menayangkan kepadanya Fan Made Promo One Litre Of Tears dengan memasukkan latarbelakang lagu Rossa 'Takkan Berpaling dari Mu' yang saya katakan akan menjadi lagu latar SECANGKIR KASIH jika TV3 setuju untuk menerbitkannya.

4. Dua bulan berlalu dan saya masih belum menerima apa-apa jawapan dari TV3 selepas itu. Awal Julai baru-baru ini sekali lagi saya memberitahu LAYAR CONSULT SDN BHD agar melupakan sahaja SECANGKIR KASIH kerana mungkin TV3 tidak berminat dengannya. Saya mencadangkan agar SECANGKIR KASIH dihantar pada TV AL HIJRAH pula.

5. Namun, petang semalam LAYAR CONSULT SDN BHD telah menalipon saya memberitahu TV3 telah bersetuju untuk menerbitkan drama tersebut dalam format drama bersiri 9 episod (1 jam). TV3 sudah pun mengeluarkan surat resmi untuk tujuan tersebut.

5. Alhamdulillah.

6. Saya mungkin akan mula menulis skrip drama tersebut selepas raya nanti kerana shooting mungkin akan dimulakan pada hujung tahun ini.

7. Saya juga sudah memilih Pengarah dan Director Of Photography untuk mengangkat SECANGKIR KASIH menjadi drama yang baik. InsyaAllah.

8. Doakan saya.


SECANGKIR KASIH

Monday, June 7, 2010

Sri Carcosa Negara


1. Dua minggu lepas saya dipanggil producer Layar Consult Sdn Bhd untuk hadir sessi pitching di TV3 untuk karya terbaru saya SECANGKIR KASIH sebuah drama episod.
.
2. Idea story line SECANGKIR KASIH ini saya perolehi dari Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah.
.
Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah
.
3. Sinopsis - kisah benar mengenai seorang remaja perempuan yang menjadi buta ketika berumur 17 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Awalnya dia tidak dapat menerima takdir tuhan keatasnya. Dia dihantar keluarga ke Pusat Latihan Orang Buta di Brickfields dan kemudiannya menghafal 30 juzuk Al Quran di Maahad Tahfiz JAKIM. Remaja ini kemudiannya meninggal dunia akibat barah otak kedua yang dihinggapinya selepas pembedahan. Dia redha dengan kematiannya kerena sempat menghafal 30 juzuk Quran malah berjaya membantu JAKIM menerbitkan quran braille yang pertama di Asia Pasific.
.
4. Ketika saya bentangkan pada lima Panel TV3 yang kesemuanya adalah wanita, body languange yang mereka tunjukkan tidak menampakkan mereka minat dengan cerita itu.
.
5. Saya memberitahu penerbitnya En Yusri, SECANGKIR KASIH mungkin tidak akan terpilih kerana TV3 biasanya suka pada cerita-cerita yang penuh skandal. SECANGKIR KASIH yang agak melo dan suam-suam kuku mungkin bukan 'taste' TV3.
.
6. Namun kenyataan saya itu silap bila Rabu lepas En Yusri menalipon saya memberitahu saya dikehendaki membuat presentation sekali lagi di depan Datuk Seri Farid Riduan dan Idzham Omar(NTV7) di Sri Carcosa Negara hari ini (Isnin)
.
7. Saya diberi masa hanya 5 minit untuk meyakinkan mereka kenapa SECANGKIR KASIH patut diterbitkan untuk TV3.
.Datuk Seri Farid Ridzuan (CEO Media Prima)
.
8. Pendek saja komen Datuk Seri Farid Ridzuan dan Izham Omar ketika mereka bersalam dengan saya, "Good Story".
.
Izham Omar (NTV7)
.
9. Saya berdoa agar cerita yang diilhamkan dari kisah benar ini dapat diterima oleh TV3.
.

10. Cerita ini punya nilai dakwah dan tarbiah yang cukup tinggi. Bukan hanya sekadar menjual mimpi.
.