SECANGKIR KASIH

Monday, June 7, 2010

Sri Carcosa Negara


1. Dua minggu lepas saya dipanggil producer Layar Consult Sdn Bhd untuk hadir sessi pitching di TV3 untuk karya terbaru saya SECANGKIR KASIH sebuah drama episod.
.
2. Idea story line SECANGKIR KASIH ini saya perolehi dari Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah.
.
Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah
.
3. Sinopsis - kisah benar mengenai seorang remaja perempuan yang menjadi buta ketika berumur 17 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Awalnya dia tidak dapat menerima takdir tuhan keatasnya. Dia dihantar keluarga ke Pusat Latihan Orang Buta di Brickfields dan kemudiannya menghafal 30 juzuk Al Quran di Maahad Tahfiz JAKIM. Remaja ini kemudiannya meninggal dunia akibat barah otak kedua yang dihinggapinya selepas pembedahan. Dia redha dengan kematiannya kerena sempat menghafal 30 juzuk Quran malah berjaya membantu JAKIM menerbitkan quran braille yang pertama di Asia Pasific.
.
4. Ketika saya bentangkan pada lima Panel TV3 yang kesemuanya adalah wanita, body languange yang mereka tunjukkan tidak menampakkan mereka minat dengan cerita itu.
.
5. Saya memberitahu penerbitnya En Yusri, SECANGKIR KASIH mungkin tidak akan terpilih kerana TV3 biasanya suka pada cerita-cerita yang penuh skandal. SECANGKIR KASIH yang agak melo dan suam-suam kuku mungkin bukan 'taste' TV3.
.
6. Namun kenyataan saya itu silap bila Rabu lepas En Yusri menalipon saya memberitahu saya dikehendaki membuat presentation sekali lagi di depan Datuk Seri Farid Riduan dan Idzham Omar(NTV7) di Sri Carcosa Negara hari ini (Isnin)
.
7. Saya diberi masa hanya 5 minit untuk meyakinkan mereka kenapa SECANGKIR KASIH patut diterbitkan untuk TV3.
.Datuk Seri Farid Ridzuan (CEO Media Prima)
.
8. Pendek saja komen Datuk Seri Farid Ridzuan dan Izham Omar ketika mereka bersalam dengan saya, "Good Story".
.
Izham Omar (NTV7)
.
9. Saya berdoa agar cerita yang diilhamkan dari kisah benar ini dapat diterima oleh TV3.
.

10. Cerita ini punya nilai dakwah dan tarbiah yang cukup tinggi. Bukan hanya sekadar menjual mimpi.
.

Comments

4 Responses to “SECANGKIR KASIH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Faznita said...

Tahniah!

Actually byk cerita-cerita di TV3 yang membawa tema yang baik bukan skandal semata.

Drama-drama saya diTV3 banyak berunsur keislaman.

Semoga berjaya!

June 7, 2010 at 2:57 AM
Anonymous said...
birudamai said...

Allahuakbar!
Syukur Alhamdulillah.Saya doakan agar karya hebat ini hasil gabungan bersama Ustazah Asni jadi kenyataan.Dah sampai masanya orang kita yg selalu mengaku sebagai pejuang Islam tp tak tau ngaji kembali BELAJAR MENGAJI...

June 9, 2010 at 7:21 AM
Anonymous said...

Sy bersetuju dgn pendapat encik zabidi, drama2 di mana2 stesen TV kena la ada undur2 islamic.sy xnafikan mana2 stesen tv ada menyiarkan drama berunusurkan nilai seorang ibu dan anak, nilai2 kekeluargaan.Tp yg islamic mcm menghafaz 30 juzuk al quran ni belum lg.Masyarakat perlu di dedahkan dgn bahan2 atau unsur2 yg boleh menggalakkan diorang mengenali dan menghayati isi makna al quran tu sendiri.Good job!

June 30, 2010 at 2:37 AM