SECANGKIR KASIH (2)

Wednesday, August 4, 2010


1. Saya pernah menulis dalam blog ini mengenai proposal drama SECANGKIR KASIH yang pernah saya bentangkan pada TV3 sebelum ini. Dalam entry tersebut ada saya nyatakan bagaimana saya menjangkakan TV3 mungkin tidak berminat dengan story line dan konsep drama itu. Konsep dan tema SECANGKIR KASIH sebenarnya diilhamkan dari sebuah drama Jepun ONE LITTER OF TEARS yang pernah popular pada tahun 2008 dahulu. Namun story line SECANGKIR KASIH sebenarnya adalah berdasarkan satu kisah benar yang telah diceritakan oleh Al Hafizah Ustazah Asni Abu Mansor pada saya ketika shooting drama AKU TERIMA NIKAHNYA. SECANGKIR KASIH tidak ada scandalous element (rogol, bunuh, cinta tiga segi, zina, curang dsbnya) yang boleh menaikkan rating penonton.Mungkin kerana itu saya yakin TV3 tidak akan menerima SECANGKIR KASIH.

2. Namun dua minggu selepas pembentangan pertama di HQ TV3 di Damansara itu saya telah diminta membentangkan sekali lagi proposal SECANGKIR KASIH itu pada CEO mereka Datuk Seri Farid Riduan di Seri Carcosa Negara.

3. Ketika pembentangan dihadapan Datuk Seri Farid Riduan itu saya telah menayangkan kepadanya Fan Made Promo One Litre Of Tears dengan memasukkan latarbelakang lagu Rossa 'Takkan Berpaling dari Mu' yang saya katakan akan menjadi lagu latar SECANGKIR KASIH jika TV3 setuju untuk menerbitkannya.

4. Dua bulan berlalu dan saya masih belum menerima apa-apa jawapan dari TV3 selepas itu. Awal Julai baru-baru ini sekali lagi saya memberitahu LAYAR CONSULT SDN BHD agar melupakan sahaja SECANGKIR KASIH kerana mungkin TV3 tidak berminat dengannya. Saya mencadangkan agar SECANGKIR KASIH dihantar pada TV AL HIJRAH pula.

5. Namun, petang semalam LAYAR CONSULT SDN BHD telah menalipon saya memberitahu TV3 telah bersetuju untuk menerbitkan drama tersebut dalam format drama bersiri 9 episod (1 jam). TV3 sudah pun mengeluarkan surat resmi untuk tujuan tersebut.

5. Alhamdulillah.

6. Saya mungkin akan mula menulis skrip drama tersebut selepas raya nanti kerana shooting mungkin akan dimulakan pada hujung tahun ini.

7. Saya juga sudah memilih Pengarah dan Director Of Photography untuk mengangkat SECANGKIR KASIH menjadi drama yang baik. InsyaAllah.

8. Doakan saya.


Comments

2 Responses to “SECANGKIR KASIH (2)”
Post a Comment | Post Comments (Atom)