Showing posts with label anugerah skrin tv3 2009. Show all posts
Showing posts with label anugerah skrin tv3 2009. Show all posts

DARI SEKUNTUM BUNGA KEPADA SEMUSIM BUNGA

Monday, December 7, 2009

1. Saya menonton TERSASAR DI JALAN MU karya dan arahan ERMA FATIMAH ketika ditayangkan di RTM dulu.
.
2. Drama itu memang layak menang kerana ia membawa satu mesej besar berbentuk dakwah yang ditujukan khusus kepada 'pelawat-pelawat' Lorong Haji Taib dan juga kepada khalayak penonton.Italic
.
3. Erma Fatimah banyak menggunakan teknik wide shoot dan 2 story in a single frame untuk drama itu yang menjadikannya begitu menarik dari segi visual. Menonton TERSASAR DI JALAN MU seolah-olah menonton drama di big screen.
.
4. Erma Fatimah mempunyai sentuhan yang mungkin jarang dimiliki oleh pengarah wanita lain di Malaysia.
.
5. Drama saya MENCARI NUR KHADIJAH yang memenangi anugerah Skrip Terbaik, Drama Terbaik dan Pelakun Lelaki Terbaik pada ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) 2008 juga di arahkan oleh Erma Fatimah yang turut memenangi anugerah bagi kategori Pengarah Drama Terbaik pada anugerah yang sama.
.
6. MENCARI NUR KHADIJAH mungkin tidak menang jika orang lain yang mengarahkannya.
.
7. Saya cukup mengenali gaya dan signature Erma Fatimah dalam pengarahannya.
.
8. Erma Fatimah adalah pengarah yang mampu mengubah SEKUNTUM BUNGA menjadi SEMUSIM BUNGA. Itu anugerah Allah untuknya.
.
9. Tahniah buat Erma Fatimah dan seluruh warga kerja yang telah terlibat dalam menghasilkan drama tersebut.

ANUGERAH SKRIN TV3 2009

Thursday, December 3, 2009



1. Anugerah Skrin TV3 adalah sebuah anugerah 'pop culture' yang menilai karya sesebuah drama dari sudut populariti dan rating. Soal kualiti dan mesej kurang diambil kira. Cuma secara kebetulan kebiasaannya drama terbaik melalui anugerah tersebut juga mempunyai kualiti yang terbaik.
.
2. Berbeza dengan Anugerah Seri Angkasa (ASA) anjuran Kementerian Penerangan, Kebudayaan & Warisan Malaysia, anugerah tersebut menilai dari sudut seni (art) dan uniqueness & origanility sesebuah drama. Untuk itu keseluruhan aspek pembikinan drama seperti audio, editing, costum, pengarahan dan garapan skrip diambil kira untuk menentukan kualiti terbaik sesebuah drama.
.
3. Apa yang menyedihkan, Anugerah Seri Angkasa ini sudah nampak seperti sudah 'berkubur' tanpa nisan. Ianya lenyap tanpa berita sejak kali terakhir di anjurkan pada 2006. Masyarakat juga sudah melupakan keujudan dan kepentingan anugerah tersebut.
.
4. Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pula menilai sesebuah drama dari sudut mesej islam yang hendak diangkat dalam sesbuah karya tersebut.
.
5. Walaupun karya saya tidak disenarai pendekan untuk pencalunan di Anugerah Skrin TV3 2009 kali ini namun saya berbangga beberapa penulis skrip yang agak rapat dengan saya telah tercalun. Tahniah kepada Jumal Yunus, Sophia Rhyland dan Faznita Md Noor kerana drama-drama mereka telah disenarai pendekkan untuk pencalunan ke Anugerah yang berprestij itu.
.
6. Hakikat bahawa anda telah tercalun itu sendiri adalah satu pencapaian. Kemenangan menjulang tropi adalah satu bonus.