MISI MUSTAHIL UNTUK SATU ANGAN-ANGAN YANG TIDAK KOSONG

Tuesday, March 1, 2011

Ucapan terakhir allahyarham Dr Mas Afzal Masarudin dapat di tonton di youtube
Allahyarham Dr Mas Afzal Masarudin telah meninggal pada 18 Dec 2010 yang lalu sekembalinya dari UK akibat sakit barah.Kisahnya menarik perhatian saya kerana dia seorang yang gigih dalam gerakan dakwah di UK serta kuat memperjuangkan nasib rakyat Palestin bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia di UK. Saya sudah pun di hubungi oleh ibunya yang membenarkan saya mengangkat kisah arwah dalam bentuk drama. Tapi saya rasa kisah arwah lebih sesuai diangkat kepada filem kerana isunya yang lebih universal. Saya mahu menjadikan Sheffield di UK dan Palestin sebagai latar cerita ini. Tapi angan-angan saya ini mungkin akan di ketawakan orang dalam industri kerana di Malaysia penerbit filem hanya minat dengan cerita hantu dan lawak bodoh sahaja. Tapi saya tekad mahu mengusahakan kisah Mas Afzal ini dapat di filemkan satu hari nanti. Moga akan ada hartawan dan jutawan yang dapat membiayai pembikinan filem ini atas dasar mahu mengangkat filem genre islam. yang begitu didahagakan oleh masyarakt sekarang. 

Saya akan berbincang dengan ibunya untuk menulis kisah hidup arwah terlebih dahulu. Doakan Allah permudahkan saya dalam 'misi mustahil' ini.

JIKA ADA MANA-MANA PENERBIT BUKU YANG BERMINAT MENERBITKAN BUKU  MENGENAI KISAH HIDUP DR MAS AFZAL MASARUDIN YANG BERKAITAN DENGAN DAKWAH DAN PEJUANGANNYA MEMBELA RAKYAT PALESTIN DI UNITED KINGSOM, HARAP SEGERA HUBUNGI SAYA DI FB SAYA KERANA SAYA MAHU MEMBAWA MEREKA BERTEMU DENGAN IBU KEPADA ARWAH UNTUK PERBINCANGAN SETERUSNYA BAGI PENGHASILAN BUKU INI.

INSYAALLAH

Allahyarham bersama ibunya.
DOAKAN AGAR USAHA SAYA INI DAPAT DI REALISASIKAN.

Comments

12 Responses to “MISI MUSTAHIL UNTUK SATU ANGAN-ANGAN YANG TIDAK KOSONG”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Insya Allah, tuan. Pasti ia bukan satu misi yang mustahil.

March 1, 2011 at 5:42 PM
fitrah haidar said...

Semoga usaha tuan berhasil. Kisah Mas Afzal memberikan suntikan semangat buat kita yang segar bugar tapi terasa amat sukar untuk berjuang. Saya menanti filem ini...

March 1, 2011 at 11:39 PM
Anonymous said...

InsyaAllah moga Allah permudahkan harapan tuan

March 2, 2011 at 5:36 PM
joegrimjow said...

insyaAllah kerja yang baik akan dipermudah!!

March 2, 2011 at 5:45 PM
amira said...

mabruk!
insyaAllah, mungkin ini salah satu cara dakwah. mengangkat filem dan cerita2 yang lebih berisi berbanding cerita hantu dan lawak bodoh yang kosong dan tak bermanfaat.

moga Allah permudahkan urusannya :)

March 2, 2011 at 6:49 PM
warga uk said...

tahniah tuan ZM, semoga filem ini dapat menjadi penyuntik semangat para pejuang seperti Sang Murabbi di Indonesia. Saay cadangkan interview juga sahabat2 dekat beliau di UK utk mengetahui kehidupan harian beliau sebagai seorang pelajar, pejuang dan dai.

March 3, 2011 at 3:00 AM
ash of wrath said...

inshaallah berjaya
wishing u all the best!

March 3, 2011 at 3:38 AM

Allahu Akbar
Mas Afzal tokoh yang amat saya kagumi
Baguslah jika perjuangan dakwahnya dapat difilemkan.

Semoga usaha dan niat murni kamu dapat direalisasi, insyaAllah

March 3, 2011 at 5:16 AM
mashimaro said...

semoga semuanya dipermudahkan:)

satu usaha yang baik!

March 3, 2011 at 5:57 AM
cik pulau said...

insyaAllah.. asalkan niat ikhlas kerana Allah.. segalanya akan dipermudahkan..
segalanya bermula dengan niat..
jangan niat untuk mengejar keuntungan semata-mata.. ^^,

March 3, 2011 at 8:08 AM
H said...

moga misi ini berjaya. InshaAllah.

March 3, 2011 at 11:25 PM
Anonymous said...

kisahnya lebih hebat dr 1 litre of tears :j

March 5, 2011 at 5:15 PM