SONGKOK

Friday, August 27, 2010


1. Saya sempat menonton dvd drama telemovie SONGKOK arahan Award Winning Director, Jurey Rosli ketika kami ke Kota Bharu, Kelantan untuk bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar, Kelantan Feb 2010 lalu.

2. Walaupun hanya menonton dalam kereta ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tapi saya begitu khusyuk dan teruja menontonnya sehinggakan Jurey Rosli yang memandu ketika itu langsung tidak menegur saya.

3. SONGKOK yang ditulis skripnya oleh Award Winning Scriptwriter, Marthias Ali dan menggunakan khidmat Award Winning D.O.P (Cameraman) Indra Che Muda adalah antara drama bertema kemerdekaan yang terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.

4. Cuma sayangnya drama sebaik ini mengikut rating yang dibekalkan oleh RTM hanya ditonton oleh sekitar 300,000 penonton sahaja. Ini mungkin kerana RTM telah memilih untuk menayangkannya pada hari pertama Ramadhan 2009 jam 8.30 malam ketika umat islam sibuk untuk menunaikan solat isyak dan terawikh.

5. Drama sebaik ini patut diulang tayang pada masa yang sesuai tapi setahu saya ianya tidak terpilih untuk diulang tayang sempena Sambutan Kemerdekaan ke 53(2010) kali ini.

6. SONGKOK walau bagaimanapun telah disenarai pendek untuk memenangi drama terbaik pada ANUGERAH SERI ANGKASA yang dijangka akan diadakan pada Feb 2011 akan datang.

7. Saya meramalkan SONGKOK akan memenangi kategori, drama terbaik, skrip terbaik, pengarah terbaik, pelakun lelaki terbaik dan D.O.P terbaik.


AKU BUKAN RABIATUL - gambar di lokasi pada 19 Ogos

Wednesday, August 25, 2010

ULANG TAYANG SEMPENA RAMADHAN DI OASIS

Tuesday, August 24, 2010

Ulang tayang di Oasis pada setiap hari bermula dari 24 Ogos, jam 11.00 am dan 9.00pm. Skrip : Zabidi Mohamed - 20 episod.

Ulang tayang di Oasis pada setiap hari jam 11.30am bermula dari 24 Ogos. Skrip Zabidi Mohamed. Drama 13 episod.

KELAS SKRIP KAMAL ISHAK

Sunday, August 22, 2010

Kamal Ishak bersama para pelajar UMS yang mengikuti kelas skripnya.

BENGKEL PENULISAN SKRIP BERSAMA KAMAL ISHAK

27hb Sept - 1hb Okt 2010.
Segala maklumat lanjut hubungi pengarah bengkel

saya cik Haslee Idayu 016-2694527. Bengkel 5 hari. Makan 3 x sehari. Edaran nota pembelajaran, menonton filem/drama contoh dan latihan serta semakan.

SAYA MENGGALAKKAN PARA PELAJAR YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS SKRIP SAYA AGAR MENYERTAI KELAS SKRIP INI.

DOKUMENTARI AL MAUNAH DI HISTORY CHANNEL


1. Dokumentari AL MAUNAH THE MALAYSIAN ARM HEIST kini sedang ditayangkan di History Channel Astro sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 53.

2. Dokumentari yang sama sebelum ini telah banyak kali diulang tayang di Crime Scene Investigation Network.

3. Saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang tetamu dalam dokumentari tersebut kerana peranan saya sebagai salah seorang peguam kepada anggota Al Maunah. Malah buku saya MAUNAH-THE NAKED TRUTH juga telah dijadikan bahan rujukan dalam penerbitan dokumentari tersebut.

Salah satu babak yang di lakunkan semula dalam dokumentari tersebut.

AKU BUKAN RABIATUL - gambar di lokasi pada 21 Ogos

Saturday, August 21, 2010






AKU BUKAN RABIATUL

Thursday, August 19, 2010


Gambar Hiasan

1. Karya telemovie saya AKU BUKAN RABIATUL untuk Astro Prima kini sedang menjalani pengambaran di sekitar Chow Keat Road, Kuala Lumpur sejak semalam (10 Ramadhan).
.
2. Di arahkan oleh Award Winning Director Jurey Rosli yang juga merupakan Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM).
.
3. Sinopsis - kisah seorang ibu ayam lanjut usia yang tidak yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Namun kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang kelaparan dia akhirnya secara tidak sengaja telah bertemu dengan anak angkat yang pernah disusukannya 25 tahun dahulu. Anak susuannya itu kini adalah seorang doktor vateriner. Namun kehadiran seorang gila yang suka membaca kitab agama telah menyedarkan ibu ayam ini betapa Allah itu bersifat Maha Pengampun dan Penyayang.
.
4. Drama ini sebenarnya diilhamkan dari sepotong hadis nabi :
.
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
.
5. Antara pelakun yang terlibat dalam drama ini ialah Nur Fathiya, Ros Iskandar, Wan Maimunah, Intan Azura, Iqram Dinsly dan Zoey Rahman.
.

6. Drama ini akan ditayangkan di Astro Prima pada Dis 2010 nanti.
.

SECANGKIR KASIH (3)

Monday, August 16, 2010

1. TV3 pada mulanya mahu menayangkan SECANGKIR KASIH pada 2011. Namun tarikhnya masih belum dapat dipastikan.

2. Tapi Khamis lepas TV3 telah menalipon En Yusri Yusof penerbitnya (Layar Consult Sdn Bhd) yang kebetulan berada di Mekah menyatakan TV3 mahu menayangkan SECANGKIR KASIH pada November 2010 ini.

3. Saya harus menyiapkan skrip 9 episod SECANGKIR KASIH ini sebelum aidilfitri kerana jika tayangan ditetapkan pada November, shooting mesti dilakukan pada minggu pertama syawal.

BUKU 'WARISAN DAN WAWASAN'

Thursday, August 5, 2010

1. Saya telah dijemput oleh Jurey Rosli, Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) hadir ke Malam Legenda Perdana "Tiada Kata Secantik Bahasa" bersempena dengan pelancaran buku WARISAN DAN WAWASAN tulisan Datuk Jamil Sulong, seorang pengarah tersohor di zaman P.Ramlee.

2. Majlis yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC itu turut dihadiri Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima yang telah merasmikan majlis tersebut. Majlis yang telah dianjurkan atas inisiatif SENIMAN dan FINAS itu turut dihadiri ramai golongan artis dan penggiat seni tanahair.

3. Hari ini 6 Ogos adalah hari jadi Pak Jamil yang ke 84. Semoga Pak Jamil dan keluarga diberkati Allah.



SECANGKIR KASIH (2)

Wednesday, August 4, 2010


1. Saya pernah menulis dalam blog ini mengenai proposal drama SECANGKIR KASIH yang pernah saya bentangkan pada TV3 sebelum ini. Dalam entry tersebut ada saya nyatakan bagaimana saya menjangkakan TV3 mungkin tidak berminat dengan story line dan konsep drama itu. Konsep dan tema SECANGKIR KASIH sebenarnya diilhamkan dari sebuah drama Jepun ONE LITTER OF TEARS yang pernah popular pada tahun 2008 dahulu. Namun story line SECANGKIR KASIH sebenarnya adalah berdasarkan satu kisah benar yang telah diceritakan oleh Al Hafizah Ustazah Asni Abu Mansor pada saya ketika shooting drama AKU TERIMA NIKAHNYA. SECANGKIR KASIH tidak ada scandalous element (rogol, bunuh, cinta tiga segi, zina, curang dsbnya) yang boleh menaikkan rating penonton.Mungkin kerana itu saya yakin TV3 tidak akan menerima SECANGKIR KASIH.

2. Namun dua minggu selepas pembentangan pertama di HQ TV3 di Damansara itu saya telah diminta membentangkan sekali lagi proposal SECANGKIR KASIH itu pada CEO mereka Datuk Seri Farid Riduan di Seri Carcosa Negara.

3. Ketika pembentangan dihadapan Datuk Seri Farid Riduan itu saya telah menayangkan kepadanya Fan Made Promo One Litre Of Tears dengan memasukkan latarbelakang lagu Rossa 'Takkan Berpaling dari Mu' yang saya katakan akan menjadi lagu latar SECANGKIR KASIH jika TV3 setuju untuk menerbitkannya.

4. Dua bulan berlalu dan saya masih belum menerima apa-apa jawapan dari TV3 selepas itu. Awal Julai baru-baru ini sekali lagi saya memberitahu LAYAR CONSULT SDN BHD agar melupakan sahaja SECANGKIR KASIH kerana mungkin TV3 tidak berminat dengannya. Saya mencadangkan agar SECANGKIR KASIH dihantar pada TV AL HIJRAH pula.

5. Namun, petang semalam LAYAR CONSULT SDN BHD telah menalipon saya memberitahu TV3 telah bersetuju untuk menerbitkan drama tersebut dalam format drama bersiri 9 episod (1 jam). TV3 sudah pun mengeluarkan surat resmi untuk tujuan tersebut.

5. Alhamdulillah.

6. Saya mungkin akan mula menulis skrip drama tersebut selepas raya nanti kerana shooting mungkin akan dimulakan pada hujung tahun ini.

7. Saya juga sudah memilih Pengarah dan Director Of Photography untuk mengangkat SECANGKIR KASIH menjadi drama yang baik. InsyaAllah.

8. Doakan saya.


IMAM MUDA ASTRO OASIS

Sunday, August 1, 2010


1. Saya telah hadir menyaksikan Finale Imam Muda atas jemputan Astro Oasis di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

2. Saya menitiskan airmata sebagai tanda kesyukuran kerana terbitnya program realiti Islam seperti ini.

3. Program seperti IMAM MUDA ini adalah alternatif yang baik kepada program realiti tv berbentuk hiburan semata yang melalaikan.

4. Program seperti IMAM MUDA dan juga AKADEMI AL QURAN (TV9) patut mendapat sokongon semua pihak kerana ianya dapat mendidik remaja kita agar lebih berpegang kuat pada agama mereka.

5. Tahniah buat semua warga kerja Astro Oasis.