Showing posts with label SWAM. Show all posts
Showing posts with label SWAM. Show all posts

LONDON SCREEWRITER'S FESTIVAL 2011 - OKTOBER

Wednesday, September 7, 2011


INGIN MELIHAT FESTIVAL YANG SAMA JUGA DAPAT DIANJURKAN DI MALAYSIA DEMI MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME PENULIS SKRIP KITA. HARAP SWAM DAN FINAS DAPAT MEMIKIRKANNYA.

THE WINNER TAKES IT ALL

Sunday, February 13, 2011




1. Mesyuarat Agung SWAM pada 12hb Feb baru-baru ini menyaksikan bagaimana ada individu yang tidak pernah menulis skrip telah dilantik menjadi AJK SWAM yang baru dibawah pimpinan Presiden yang sama iaitu Ismail Ahmad.

2. Dalam FB Gabungan Penulis Skrip Bebas sudah ada dari kalangan ahli yang telah menyatakan kekecewaan hingga mengistiharkan diri keluar dari keahlian SWAM sebagai tanda protes. Sejauh mana seorang individu yang bukan seorang penulis skrip mampu memperjuangkan nasib dan memertabatkan industri penulisan skrip di Malaysia amatlah diragukan.

3. Saya mencadangkan agar Perlembagaan SWAM dipinda agar hanya ahli yang pernah sekurang-kurangnya menulis satu (1) skrip drama sahaja dibenarkan menjadi AJK SWAM.

4. Tahniah dan takziah pada kepimpinan SWAM yang baru (sessi 2010/2013).

5. The winner takes it all. The loser have to fall.

MENGINSTITUSIKAN KERJAYA PENULISAN SKRIP

Wednesday, June 2, 2010



1. Saya telah bentangkan blue print untuk menginstitusikan profession penulisan skrip dalam pertemuan dengan para penulis skrip di Rumah Pena Sabtu lepas.

2. Blue print ini akan dibentangkan kepada SWAM untuk mendapat maklum balas daripada pimpinan mereka kerana saya masih percaya SWAM tetap relevan dalam memertabat serta mewakili para penulis skrip dalam memperjuangkan hak dan nasib kerjaya mereka.

3. Namun saya percaya perjuangan menginstitusikan profesion penulisan skrip ini bukan mudah malah satu proses yang bakal menempuh banyak ranjau dan akan memakan masa lama. Namun saya percaya berkat kesepakatan serta perpaduan di kalangan para penulis skrip dan SWAM ianya boleh dipermudah dan dipercepatkan.


4. Maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang telah dibincangkan dalam pertemuan kedua Gabungan Penulis Skrip di Rumah Pena itu boleh di dapati di http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/

LAMBAKAN DRAMA INDONESIA

Saturday, October 10, 2009

1. Berbuih mulut para pengkarya drama tv dan wartawan hiburan media cetak mengeluh dan memberi komen mengenai kebanjiran serta lambakan drama luar terutamanya dari Indonesia di kaca tv di Malaysia. Tapi keadaan tidak berubah malah bertambah teruk lagi.
.
2. Minggu ini saya agak terkejut apabila melihat drama popular Indonesia JELITA yang dilakunkan oleh penyanyi terkenal Indonesia Agnes Monica diulang tayang oleh TV3. Apa alasan TV3 mengulang tayang drama tersebut tidak pula saya ketahui. Namun TV3 memang terkenal dengan tag linenya "Atas Permintaan Ramai".
.
3. Faktor pengiklanan dan merebut rating mungkin sebab utama TV3 walaupun taq line "Atas Permintaan Ramai" sering digunakan. RTM dan ASTRO juga banyak mendewa-dewakan drama Indonesia. RTM yang sepatutnya paling patriotik juga seolah-olah terikut-ikut dengan rentak merebut rating TV.
.
4. Hakikatnya kebanjiran drama luar tanpa sebarang kawalan, secara langsung telah menutup periuk nasi golongan pengkarya belakang tabir di Malaysia. Pengarah, Penulis Skrip, Krew Produksi, Production Manager adalah antara yang menerima kesan langsungnya. Adakah pengkarya kita terlalu 'sengkek idea' atau rendah tahap profesionalisme hingga kita terdesak mengimport produk dari luar?
.
5. Mengimport produk dari luar bermakna kita juga mengimport 'nilai' mereka untuk dihidangkan dan 'dipasakkan' dalam mind set serta world view khalayak penonton kita. Kisah seorang 'Pak Haji' pulang dari Mekah bermain judi mungkin boleh diterima pada 'nilai' yang dipegang masyarakat Islam di Indonesia tapi ianya 'nilai' yang tidak diterima pada masyarakat Islam di Malaysia.
.
6. PPTV dan SWAM patut bertindak tegas dan perlu 'dilihat' sedang bersungguh-sungguh berbuat sesuatu mengenai isu ini. Jangan sampai esok lusa para penggiat drama tv terpaksa hidup kais pagi makan pagi seperti yang berlaku pada keluarga Allahyarham Ismail Din.

David Teo (dari kanan) dan Farid Kamil menghulurkan sumbangan peribadi mereka kepada balu Ismail Din, Kalsom (dari kiri) & Siti Zubaidah sambil diperhatikan anak-anak mereka.