Showing posts with label NATRAH. Show all posts
Showing posts with label NATRAH. Show all posts

INTERVIEW MENGENAI PROF. AHMAD IBRAHIM & NATRAH UNTUK TV AL HIJRAH PADA 9.DIS YG DIBUAT DI RUMAH

Thursday, December 9, 2010








INTERVIEW DOKUMENTARI 'NATRAH'

Thursday, November 18, 2010

INTERVIEW DOKUMENTARI 'NATRAH' UNTUK ASTRO YANG DIBUAT DI RUMAH SAYA HARI INI. ENTRY DALAM BLOG SAYA BERTAJUK ' AKU, NATRAH DAN PROF TAN SRI AHMAD IBRAHIM SEBELUM INI DIANGGAP MENARIK MENYEBABKAN PIHAK PRODUCER MEMILIH SAYA UNTUK DI LIBATKAN SEBAGAI TAMU DALAM DOKUMENTARI NATRAH. APATAH LAGI SAYA ADALAH BEKAS ANAK MURID PROF AHMAD IBRAHIM. DOKUMENTARI INI DIBUAT JUGA BERSEMPENA DENGAN PENERBITAN DRAMA 8 EPISOD 'NATRAH' OLEH ASTRO. KEDUA-DUA DOKEMENTARI DAN DRAMA TERSEBUT DIJANGKA AKAN DITAYANGKAN AWAL TAHUN 2011.


AKU, NATRAH & PROF. TAN SRI AHMAD IBRAHIM (2)

Tuesday, October 12, 2010


1. Pihak Astro bakal menerbitkan sebuah dokumentari khas berkaitan dengan kisah NATRAH.

2. Saya telah dihubungi oleh syarikat yang dilantik Astro untuk menerbitkan dokumentari tersebut untuk dijadikan salah seorang tetamu bagi membicarakan kisah Natrah dan Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim yang merupakan salah seorang peguam yang membela kes Natrah ketika dibicarakan di Singapura. Tan Sri Ahmad Ibrahim pernah menjadi pensyarah dan tutor saya ketika saya belajar di Fakulti Undang-undang dahulu.

3. Entry dalam blog saya AKU, NATRAH DAN TAN SRI AHMAD IBRAHIM rupa-rupanya menarik pihak Astro untuk menjadikan saya salah seorang tetamu dalam dokumentari itu nanti.

4. Sila rujuk ke entry saya tersebut untuk membaca komen saya tentang isu Natrah di http://zabidiskrip.blogspot.com/search?q=aku+natrah+dan+tan+sri+ahmad+ibrahim&x=0&y=0

TEATER NATRAH

Tuesday, December 1, 2009

Pementasan kisah Natrah di Istana Budaya pada 1-9.Disember 2009
.

1. Kisah Natrah cukup dekat dengan hati saya seperti yang telah saya tulis dalam blog saya di http://zabidiskrip.blogspot.com/2009_07_01_archive.html.

2. Ketika Natrah disiarkan dalam akhbar telah meninggal dunia sebelum ini saya sempat menceritakan kisah Natrah pada anak-anak saya. Mereka tercengang kerana kisah Natrah penuh dengan peristiwa tragis dan kisah perjuangan masyarakat melayu terdahulu berusaha mempertahankan aqidah seorang wanita muslim. Anak-anak saya juga tertanya-tanya kenapa sebelum ini mereka tidak pernah mendengar kisah Natrah?
.
3. Ada beberapa pengunjung saya yang saya percaya dari golongan remaja telah memberi comment berkait dengan kisah Natrah dalam blog saya. Antaranya saya paparkan di bawah ini -
.
  • salam ziarah..saye amat berminat dengan cerita natrah ni.waktu sekolah rendah dulu,mase mengemas buku,terjumpe dewan masyarakat yang m'ceritakan pasal natrah.memang wanita ni dah harungi liku2 kehidupan yang susah.semoga rohnya dicucuri rahmat..(Feeza Fauzi said).

.

  • salam..i knew the story about natrah when my cousin mentioned about a drama titled Jasmin starring one of the current Sultan of Perak's daughter in law (if not mistaken). i was then 6 or 7 years old and being a girl, only interested to know about the actress' (played natrah's character) real life who became a princess after she did the drama. little that i knew the story about natrah. growing up, i became more awared of the importance to learn about natrah tragedy an its impact to our society. and now we have the theatre coming very soon at istana budaya i think its a good way of sharing the history with our younger generation about the tragedy in a different medium which will be very interesting.anak 80-an...(Anonymaous said)
.

4. Saya kerap menonton taeter di Istana Budaya bersama isteri dan kali ini merancang untuk membawa anak-anak menonton kisah Natrah ini. Semangat perjuangan untuk mempertahankan aqidah boleh ditanam dan dipupuk melalui teater.