Showing posts with label Datuk Seri Rais Yatim dan RTM. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Rais Yatim dan RTM. Show all posts

PITCHING OH PITCHING

Sunday, November 29, 2009




1. Kak Pora dalam BERITA MINGGU 29 November sekali lagi menulis tentang rungutan para penggiat industri drama mengenai sistem pitching di RTM.

2. Saya juga telah bertemu dengan ramai penerbit drama dan penulis skrip yang mengeluh mengenai kelewatan RTM mengumumkan keputusan pitching yang telah dibuat oleh RTM sebelum ramadhan baru-baru ini.

3. Ikut keperluan yang dinyatakan dalam surat tawaran menghadiri pitching, semua drama yang dipilih adalah bagi mengisi slot drama di RTM untuk sepanjang tempoh 2010.

4. Maknanya drama pertama sepatutnya akan disiarkan pada hari pertama atau minggu pertama 2010. Tapi sehingga kini keputusan pitching masih belum disiarkan.

5. Kalau RTM mengumumkan keputusan pitching pada minggu depan pun, semua penerbit harus melalui satu lagi proses penilaian di mana perbincangan akan dibuat dengan Panel Penilai RTM untuk memastikan keperluan dan kesesuaian jalan cerita drama yang terpilih itu dapat digarab mengikut garis panduan dan aspirasi semasa RTM. Ini bermakna penerbit pertama yang hadir depan Panel Penilai tersebut hanya akan dapat menayangkan dramanya pada hujung Feb atau awal Mac 2010.

6. RTM harus lebih professional mengurus keluhan para penerbit dan penulis skrip kerana kelemahan sama yang kerap berulang ini akan mengundang cemuhan dan buruk sangka para penggiat seni terhadap the 'decison maker' di RTM.


7. Datuk Kamaruddin Siaraf (gambar atas) harus segera menyelesaikan isu ini. Ramai para penggiat drama di belakang tabir kini sedang menganggur akibat kelewatan di pihak RTM yang tidak berkesudahan ini.

8. Yang saya dengar rumours dari para penerbit, RTM sebenarnya sudah pun memilih tajuk-tajuk drama yang terbaik dari hasil pitching yang lepas . Cuma peliknya kenapa tidak segera diumumkan keputusannya. Saya tidak pasti samaada ianya benar atau tidak kerana rumours itu hanya hearsay semata-mata. Tapi saya pelik kenapa RTM mengambil masa terlalu lama untuk mengumumkan keputusan pitching walhal tahun 2010 hanya tinggal sebulan sahaja lagi.

FAKTOR 'NASIB' DALAM PENGHASILAN SEBUAH DRAMA

Sunday, August 30, 2009

1. Pengarah yang mengubah jalan cerita dan merombak skrip sesuka hati tanpa merujuk terlebih dahulu kepada penulis skrip adalah satu mimpi ngeri kepada kebanyakkan penulis skrip. Apatah lagi apabila apa yang dihajati dari skrip tidak diangkat sepertimana yang diharapkan.
.

2. Bukan senang untuk mencari idea atau ilham dalam melahirkan sebuah skrip yang baik.
.

3. Lebih teruk lagi ada pengarah yang merombak skrip tanpa memberitahu penerbitnya. Penerbit hanya mendapat tahu setelah melihat finish productnya sahaja.
.

4. Saya telah beberapa kali mengalami mimpi ngeri ini.
.
5. Drama saya ENGKAU LAKSANA BULAN (RTM) endingnya mengikut skrip ialah babak penyampaian hadiah penghargaan Komandan Maktab Tentera Di Raja kepada Kompeni Bravo kerana berjaya mengutip dana bagi membantu seorang pesakit jantung berlubang. Tapi pengarahnya telah merombak skrip menjadikan endingnya kepada penyampaian hadiah kepada kompeni Bravo kerana memenangi pertandingan berkawat. Saya dan penerbitnya ketika itu begitu terkejut kerana dalam skrip asal tidak ada langsung menyebut tentang pertandingan kawat. Penerbitnya telah menamatkan perkhidmatan pengarah tersebut serta merta tanpa membayar baki bagi khidmatnya. Penerbit telah menggantikannya dengan pengarah lain. 26 babak dalam drama tersebut (1/3 dari keseluruhan drama) terpaksa di re-shot semula dan penerbitnya terpaksa mengeluarkan hampirRM13,000 lagi untuk tujuan tersebut.
.
6. Kerana sikap professional penerbit, ENGKAU LAKSANA BULAN akhirnya telah dicalunkan untuk ANUGERAH SKRIN TV3 2007 mewakili TV2 walaupun tidak memenangi sebarang anugerah kemudiannya.
.
7. Drama saya RESTU MU IBU (RTM) bertemakan kemerdekaan yang telah di terbitkan pada 2007 juga menghadapi masalah yang sama. Drama tersebut mengikut skrip asal adalah sebuah genre drama. Tapi pengarahnya yang juga seorang pelawak veteren terkenal tanahair telah merombak skrip saya menjadikannya sebuah genre semi komedi. Saya cukup kecewa bila menontonnya di kaca tv apabila terdapatnya watak seorang yang mengaku 'YB' dan watak seorang gila di kampung berjalan ke hulu ke hilir berpakaian kemas bertali leher di tengah panas matahari sambil membawa Jalur Gemilang diujudkan dalam drama tersebut. Kedua-dua watak itu sebenarnya tidak ada dalam skrip asal saya.
.
8. Namun saya agak pelik bila diberitahu penerbitnya baru-baru ini drama RESTU MU IBU ini adalah antara drama-drama RTM yang telah berjaya dijual dipasaran antarabangsa. Penerbitnya telah dibayar saguhati oleh RTM kerana kejayaan itu.
.
9. Drama saya PUTERI(RTM) yang mengisahkan hubungan kasih sayang antara seorang kanak-kanak dengan seekor anak gajah di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah Pahang juga mengalami keadaan yang sama. Pengarahnya yang merupakan orang lama dalam industri, bekas kakitangan RTM dan kini mengajar perfileman di sebuah kolej swasta terkemuka, juga telah merombak skrip asal saya. Penerbit pada asalnya tidak setuju dengan cadangannya untuk merombak skrip saya tersebut. Tetapi katanya apabila pengarah tersebut mendakwa dia orang lama dan pensyarah dalam bidang skrip di kolejnya maka penerbit akhirnya terpaksa tunduk dengan desakannya itu. Drama tersebut kalau tidak silap saya telah memulakan pengembaraan pada sekitar Jan/Feb 2008 lagi untuk ditayangan sempena cuti semester pertama persekolahan 2008. Tetapi sehingga kini drama tersebut masih belum disiarkan oleh RTM. Saya kemudiannya mendapat tahu pihak RTM telah reject finish product drama tersebut dan penerbit terpaksa mengarahkan pengarah tersebut untuk re shot semula beberapa babak dalam drama tersebut. Penerbitnya rasa kecewa dan kesal kerana telah tunduk kepada desakan pengarah sebelum ini. Berita terakhir saya diberitahu oleh penerbit, drama PUTERI tersebut akan ditayangkan pada hujung tahun ini.
.
10. Yang terbaru drama saya MURABBI(Astro Prima) juga mengalami perkara yang sama. Keputusan Pengarahnya memberi watak-watak utama kepada terlalu ramai pelakun-pelakun baru telah menjadikan cerita itu hambar dan membosankan. Padahal saya telah pun mencadangkan agar pelakun berpengalaman dan mature diambil untuk terlibat dalam drama tersebut. Pelakun-pelakun baru itu hakikatnya bukan berlakun dalam erti kata sebenar tapi lebih banyak menghafal skrip. Ini menjadikan watak mereka tidak natural dan tidak real. Nama-nama seperti Amy Salmiah, Sharifah Aleysha, Sharmaine Shiree dan Siti Fauziah bukan sahaja tidak pernah kita dengar malah ada antara mereka yang tidak pernah berlakun pun. Hujah pengarah, dia mengambil terlalu ramai pelakun baru memegang watak utama berlakun kerana dia mahu memperkenalkan barisan pelakun-pelakun baru. Saya terima hujah itu tapi tidak kepada pemegang watak-watak utama yang menjadi anchor kepada keseluruhan drama tersebut. Saya selitkan gambar-gambar shooting Murabbi di bawah ini.
.
11. Menghasilkan naskah yang baik kadangkala bergantung juga kepada faktor 'nasib'. Sebab itu pada saya untuk melahirkan karya drama yang baik faktor team work dan rasa hormat menghormati sesama golongan pengkarya amat penting agar elemen 'nasib' tidak jadi ukuran kepada kejayaan sesebuah drama.

RTM, KEADILAN & KESAMARATAAN

Sunday, June 7, 2009


1. Ayat-ayat seperti "Akan mengkaji pengagihan slot","Akan lebih telus" dan "Akan dapat slot sama rata" telah diucap oleh Menteri baru di RTM Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ketika pertemuan dengan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PPTV) baru-baru ini. Agak klishe bunyinya kerana ayat-ayat yang sama kerap diulang ucap oleh setiap menteri Penerangan terdahulu apabila mereka mengambil alih jawatan dari menteri sebelumnya. Ini berlaku sejak zaman Datuk Mohammad Rahmat menjadi menteri penerangan lagi. Saya letih mendengar dialoq dari skrip yang sama.


2. hakikatnya sistem pembahagian slot drama di RTM tak banyak berubah. Buktinya para penerbit drama tv dan para pengkarya di belakang mereka masih kedengaran tidak berpuas hati apabila new players tiba-tiba muncul dan mendapat slot/hours lebih banyak dari yang diperolehi para penerbit yang telah lama berada dalam industri. Sukar dibuktikan kesahihan kelohan para penerbit ini tapi hakikatnya keluhan dan rasa tidak puas hati mereka itu masih menjadi isu dalam akhbar hingga kini.


3. kerana itu saya mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap janji Datuk Seri Rais Yatim untuk membuat kajian agihan slot drama tv pada para penerbit di RTM. Tidak begitu mengharap tapi tetap berdoa agar sesuatu dapat dilakukan dan dibuktikan dari janji tersebut. Sebagai menteri yang baru memegang jawatan, Datuk Seri Rais Yatim harus diberi ruang dan peluang untuk membaiki keadaan.


4. pernah seorang wartawan hiburan menulis dalam satu artikelnya "RTM bukan tidak berubah tapi tak mahu berubah". Malah seorang lagi wartawan hiburan dalam artiklenya juga ada menulis "Hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah RTM". Sampai begitu sekali.


5. pada saya selagi RTM tidak tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'keadilan & kesamarataan', selagi itulah keluhan dari penerbit drama tv dan pengkarya di belakang mereka tidak akan ada penghujungnya.


6. menurut konsep keadilan ideologi barat, yang dikatakan adil dan samarata itu ialah apabila semua pihak dapat hak dan pemberian yang sama. Itu adil bagi pandangan barat. Dan ini yang sedang diamalkan oleh RTM. Tapi dalam islam yang dikatakan keadilan dan samarata itu bukanlah mendapat hak atau pemberian yang samarata. Menurut islam yang dikatakan adil dan samarata itu ialah apabila kita dapat 'meletakkan sesuatu kena pada tempatnya'.


7. yang berlaku sejak dulu di RTM dan masih berlaku hingga sekarang dalam sistem pemberian tender dan pitching, kerana kononnya untuk berlaku adil dan telus pada para penerbit, RTM telah memberi memberi award projek menerbitkan drama hampir kepada semua penerbit secara samarata. Maknanya setiap penerbit diberi sekurang-kurangnya satu tele untuk diterbitkan. Maka penerbit yang baru setahun jagung pun akan diberi peluang menerbitkan sekurang-kurangnya satu tele sama dengan penerbit yang telah berpengalaman.


8. ini walaupun nampak macam adil dan sama rata tapi hakikatnya tidak adil pada penerbit yang telah lama bergelanggang dan established dalam industri. Penerbit lama kebanyakkannya mempunyai overhead operasi syarikat yang tinggi kerana mempunyai staff dan assets seperti production equipments, sewa pejabat, pembayaran loan setiap bulan ke bank bagi assets yang mereka miliki, gaji pekerja dsbnya. Kalau syarikat berpengalaman dan yang established juga mendapat satu tele sahaja untuk diterbitkan di RTM, tentulah syarikat mereka akan 'bungkus' akhirnya. Para pekerja dan anak bini mereka yang bergantung hidup dengan syarikat tersebut juga sudah tentu akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.


9. syarikat yang baru setahun jagung tidak akan menerima apa-apa kesan walau hanya menerima satu tele setahun untuk dihasilkan.Ini kerana mereka akan menjadikan satu tele yang mereka dapat itu sebagai satu trade record untuk dapatkan lagi projek atau tender daripada RTM dimasa akan datang.


10. oleh itu saya mencadangkan agar Datuk Seri Rais dan RTM dapat mengambil pendekatan konsep keadilan dalam islam sebagai satu panduan dalam pemberian slot/hours kepada para penerbit drama tv di RTM. Setiap penerbit mesti dinilai berdasarkan pengalaman, pencapaian, quality product yang telah atau pernah dihasilkan, anugerah yang pernah mereka terima, profesionalisme, fokus dan kesungguhan mereka dalam membangunkan industri. Mereka ini mesti disokong dengan cara diberi lebih slot/hours agar mereka dan pekerja mereka boleh terus survive untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Berpada-padalah dalam memberi award pada 'The new players.' Jangan sampai nanti orang berkata the new players dapat slot yang banyak kerana meraka ada hubungan dengan parti pemerintah. Tak salah mereka diberi peluang tapi seperti kata saya tadi, berpada-padalah.


11. para penggiat industri memberi harapan yang tinggi pada Datuk Seri Rais Yatim.