KURSUS PENULISAN SKRIP KAMAL ISHAK DI SABAH

Friday, November 5, 2010

Kursus penulisan skrip kendalian Kamal Ishak di Kota Kinabalu, Sabah.

1. Sejak drama saya MADAI MENANTI (13 episod) ditayangkan awal tahun ini di RTM, dua pelakun utamanya EBI KORNELIS dan Cikgu MARLIN MALALIN begitu bersemangat mahu mengangkat semula kegemilangan Sabah dalam industri penerbitan drama dan filem seperti mana yang berlaku dalam era Deddy M.Borhan (Sabah Filem) sekitar tahun 80an dulu.

2. Mereka berdua dengan kerjasama producer terkenal di Sabah, Norsahar (Immortallecreative Sdn Bhd) pada hujung Okt lalu telah menganjurkan Kursus Penulisan Skrip di Kota Kinabalu, Sabah.

3. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh otai skrip terkemuka tanahair yang juga seorang pengarah filem/drama terkenal Kamal Ishak.

4. Negeri Sabah punya ramai bakat dan individu yang berminat menjadi penulis skrip tapi mereka kurang terdedah kepada kursus-kursus penulisan skrip. Usaha yang dilakukan oleh Ebi Kornelis dan Cikgu Marlin ini patut dipuji dan disokong kerana ianya dianjurkan tanpa mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan atau FINAS.

5. RTM dan station TV lain (Media Prima dan Astro) patut memberi lebih peluang dan ruang kepada producer di Sabah untuk menerbitkan lebih banyak drama dengan menjadikan latar di Sabah sebagai tema drama mereka.

Ebi Kornelis (atas) dan Cikgu Marlin (bawah)

Comments

No response to “KURSUS PENULISAN SKRIP KAMAL ISHAK DI SABAH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)