FILEM TAMIL 'SANTOSH SUBRAMANIAM'

Saturday, November 6, 2010


SAYA TELAH MENONTON FILEM TAMIL 'SANTOSH SUBRAMANIAM' DI TV2 SEMPENA DEEPAVALI BARU-BARU INI. GARAPAN SKRIPNYA CUKUP UNIK DAN MENARIK PERHATIAN SAYA. BANYAK YANG SAYA BELAJAR DARI FILEM INI TERUTAMANYA BAGAIMANA UNTUK MENGGARAP SEBUAH GENRE KOMEDI YANG TIDAK SLAPTIK MALAH DALAM MASA YANG SAMA MENJADIKAN PENONTON MERASA MEREKA TURUT DIHARGAI BILA MENONTONNYA.

Sinopsis : kisah Subramaniam seorang ayah yang terlalu sayang pada anak lelakinya hingga dia menentukan apa yang terbaik untuk anaknya. Si anak, Santosh pula kerana sayangkan ayahnya tidak berani membantah dan hanya mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh ayahnya. Dia juga tidak membantah untuk ditunangkan dengan anak rakan perniagaan ayahnya walaupun dia sendiri belum bersedia untuk bercinta. Keadaan walau bagaimanapun berubah dan konflik antara Subramaniam dan Santosh bermula apabila Santosh berkenalan dengan seorang rakan wanita sekolejnya yang suka bercakap tanpa tahu bila dia patut berhenti bercakap.

Comments

No response to “FILEM TAMIL 'SANTOSH SUBRAMANIAM'”
Post a Comment | Post Comments (Atom)