IP MAN

Friday, April 30, 2010

IP MAN 2 (2010)

1. Saya telah menonton IP MAN 1 tahun lepas dan kelmarin saya sempat menonton IP MAN 2 dipanggung.


2. Saya begitu mengkagumi garapan dan jalan cerita IP MAN yang mengangkat seni bela diri sebagai subject mendokong semangat patriotism bangsa China.


3. IP MAN 1 mengajak penonton membenci kekejaman dan sikap imperialism Jepun ketika menjajah China. Dan IP MAN 2 mengajak penonton untuk membenci sikap sombong dan egoistic imperialis British ke atas masyarakat China di Hong Kong.


4. IP MAN 1 dan IP MAN 2 tidak mempunyai plot cinta tapi hanya mengangkat isu kebanggaan dan kecintaan terhadap seni bela diri tradisional bangsa China.


IP MAN1 (2008)


5. Malah tidak ada babak cinta, muda mudi dalam IP MAN 2.


6. IP MAN membuktikan sebuah filem yang berjaya tidak semestinya terikat kepada teori pengkarya barat yang berpegang kuat pada teori bahawa element i. startegi, ii. tragedy, iii. espionage dan iv. cinta, perlu ada dalam sesebuah story line filem action pack.


7. Filem patriotism melayu, EMBUN dan PALOH cuba menggunakan teori barat dengan mengguna pakai 4 element barat yang dinyatakan di atas. Tapi ternyata gagal malah fakta yang diangkat tidak berpijak pada bumi nyata dan sengaja diada-adakan kononnya untuk menyedapkan cerita.


8. EMBUN sebagai contoh, kata penulis skripnya tidak pernah ujud dalam skrip asal Embun dirogol oleh tentera Jepun. Tapi diujudkan juga tanpa persetujuan penulis skrip atas alasan untuk menambahkan lagi elemen dramatik dan komersial pada story linenya.



9. Prof Emeritus Datuk Khoo Kay Kim sendiri mengikut maklumat penulis skrip pada saya telah menyatakan tidak ada tercatat dalam mana-mana dokumen sejarah tanahair ujudnya wanita melayu yang dirogol oleh tentera Jepun ketika mereka menjajah Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke 2 dahulu.



10. Pengkarya filem di Malaysia patut belajar dari pengkarya filem di Hong Kong bagaimana mereka mengangkat nilai patriotism tanpa perlu merujuk atau terikat pada teori filem barat.

Comments

2 Responses to “IP MAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Aidil Khalid said...

Tuan Zabidi, saya merujuk perenggan ke 9. Dalam buku Biografi Dato' Onn: Hidup Melayu oleh Anwar Abdullah, dicatatkan kejadian Jepun merogol wanita-wanita Melayu ketika mereka semua berlindung di hutan Kempas. Hal ini diceritakan oleh isteri Dato' Onn, Datin Halimah, kepada penulis buku tersebut.

May 13, 2010 at 5:20 PM
zabidi mohamed said...

aidil khalid, terima kasih atas maklumat anda. saya th singgah ke blog aidil. Aidil seorang penulis yang berbakat apatah lagi dalam usia yg begitu muda. teruskan perjuangan anda...

May 13, 2010 at 8:40 PM