ANTARA SAFA DAN MARWAH

Monday, April 26, 2010

Saie antara 2 buah bukit Safa Dan Marwah di Masjidil Haram.
.
1. Ketika mengerjakan ibadah Saie antara Safa dan Marwah di Masjidil Haram Julai 2009 lalu, saya mendapat idea untuk menggarap sebuah skrip drama yang diilhamkan dari kisah kekuatan cinta, iman dan pengorbanan Hajar isteri kedua kepada Nabi Ibrahim dan ibu kepada Nabi Ismail.
.
2. Sejak itu saya dan isteri selalu memperkatakan tentang sirah Sarah (isteri pertama), Hajar dan Nabi Ibrahim ini. Saya banyak mencari bahan melalui pembacaan dan antara buku yang paling berkesan dan menusuk perasaan saya bila memperkatakan ikhtibar di sebalik kisah pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim ini adalah buku tulisan Dedi Ahimsa bertajuk IBUNDA HAJAR terbitan Rijal Media.
.
.
3. Saya sudah pun mempunyai tajuk untuk drama yang saya cadangkan itu iaitu, ANTARA SAFA DAN MARWAH. Ianya tentang kisah cinta antara dua orang wanita bernama Safa dan Marwah yang mencari erti sebenar apa yang dimaksudkan dengan 'mendahului cinta dan redha Allah melebihi cinta sesama manusia'.
.
4. Erma Fatimah baru-baru ini ada meminta agar drama yang sedang saya fikirkan story linenya ini diberikan kepadanya untuk diterbit dan diarahkan olehnya. Dia begitu teruja apabila saya memberitahunya lokasi di Mekah dan Madinah adalah antara yang saya bayangkan dalam drama tersebut.
.
5. Erma Fatimah pernah mengarahkan drama saya MENCARI NUR KHADIJAH di Mekah dan Madinah pada tahun 2006. Sempat kami mengerjakan umrah bersama dengan krew-krew dan para pelakunnya di sana. Drama tersebut telah memenangi kategori drama dan skrip terbaik pada Anugerah Media Islam Nasional pada tahun 2008.
.
6. Tapi saya belum dapat memberikan drama ANTARA SAFA DAN MARWAH tersebut kepada Erma Fatimah kerana saya masih belum dapat memuktamatkan story line dan konfliknya lagi.
.
7. ANTARA SAFA DAN MARWAH bukan cuba meniru sinetron Indonesia atas tajuk yang sama. Apatah lagi sinetron 500 episod itu tidak mengangkat mesej aqidah dan tauhid yang ada disebalik kisah pengorbanan Hajar dan Nabi Ibrahim.
..
8. Saya akan terus berdoa agar Allah rezekikan saya dengan ilham untuk merangka story line yang terbaik untuk drama ANTARA SAFA DAN MARWAH ini.
.
9. Tidur malam saya tidak akan lena selagi drama yang saya cadangkan ini tidak ditemui story line dan konfliknya. Mengangkat drama genre dakwah seperti ini adalah satu dakwah, amanah dan tanggungjawab untuk saya.
.
10. Doakan saya.

Comments

No response to “ANTARA SAFA DAN MARWAH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)