PONDAN

Tuesday, June 2, 2009

1.Teguran beberapa golongan agama berautoriti termasuk oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria mengenai keghairahan golongan pengkarya drama dan theatre melakunkan watak pondan patut diberikan perhatian serius.

2. Menurut Datuk Harussani Zakaria, dari sudut hukum syarak adalah haram melakunkan watak pondan walaupun sekadar atau niat untuk berlakun sahaja.

3. Datuk Jalaludin Hassan yang turut terlibat dalam satu watak pondan dalam theatre 'Patung Kertas' yang telah dipentaskan baru-baru ini, susulan dari kenyataan Mufti Perak itu telah membuat kenyataan akhbar dengan menyebut "Saya tidak punya cukup ilmu". Satu pengakuan yang jujur dan patut dicontohi oleh para pelakun lain.



4. Sekurang-kurangnya golongan agama berautoriti telah bersuara dan memberikan pandangan mereka. Saya amat berharap golongan agama berautoriti ini akan terus bersuara dari semasa ke semasa, sebagai satu teguran pada golongan pengkarya yang kebanyakkannya mengambil sikap "Kita berkarya dan biarkan penonton menentukan nilai moralnya"


5.Pada saya golongan pengkaryalah yang sepatutnya menentukan nilai moral yang patut dihidangkan kepada penonton.

6. Bercakap tentang nilai moral dalam sebuah karya saya teringat kepada satu movie "Mrs Doubtfire" lakunan Robin Williams yang pernah saya tonton satu ketika dahulu. Ianya mengisahkan seorang ayah bersifat kebudak-budakkan yang menganggur telah dihalau oleh isterinya setelah dia mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut cerai . Si isteri juga telah meminta suaminya keluar dari rumah sementara menunggu keputusan mahkamah. Si isteri yang bekerja telah membuat iklan dalam akhbar untuk mencari pembantu rumah untuk menjaga anak-anaknya. Si suami terbaca iklan itu dan dia kemudian menyamar sebagai wanita tua bernama Mrs Doubtfire untuk menawarkan diri bekerja sebagai pembantu rumah di rumahnya sendiri. Si isteri tidak menyedari Mrs Doubtfire itu sebenar adalah suaminya. Begitu juga dengan anak-anak yang pada awalnya tidak menyedari pembantu rumah itu adalah ayah mereka yang sebenar. Rahsia Mrs Doubtfire akhirnya terbongkar apabila anak bongsunya yang berumur 6 tahun terlihat Mrs Doubtfire kencing berdiri dalam bilik air. Ceritanya amat lucu tapi endingnya cukup menyayat hati. Mesejnya mudah - seorang ayah tidak dapat dipisahkan dari kasih sayang keluarganya.

7. Story-line Mrs Doubtfire tidak menghina kaum wanita bila si ayah terpaksa berlakun sebagai pembantu rumah wanita semata-mata kerana tujuannya untuk terus mahu memberi kasih sayang pada anak-anaknya. Tapi 'Patung Kertas' jelas menghina golongan pondan. Menghina makhluk ciptaan tuhan.Maka sebab itu syarak mengharamkannya.

8. Saya mahu golongan agama terus bersuara dan golongan artis mencontohi sikap seperti yang diambil Datuk Jalaludin Hassan dalam menghormati pandangan Mufti.

9.Memiliki bakat kreatif dalam berkarya bukan bermakna kita juga boleh sewenang-wenangnya berkarya untuk melanggar atau memperlekehkan hukum-hakam.


Comments

One response to “PONDAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Al Adib said...

Satu perbincangan menarik. Golongan agama dan pengkarya perlu bersinergi pada setiap kali mereka berkarya. Dengan itu, elemen Islam akan dapat disuntik dengan baik, biarpun sedikit, dan setidak-tidaknya produksi akan berada di landasan yang betul. Kesediaan kedua-dua golongan ini bergabung dan bersinergi akan berupaya mencetuskan karya-karya yang baik, selaras dengan moral yang didokong masyarakat dan piawaian agama.

June 2, 2009 at 8:17 PM