LONDON SCREENWRITERS' FESTIVAL 2010

Friday, October 29, 2010


Over the three days of the festival we are providing over seventy five individual events, each crammed with insight, information and inspiration for professional writers. Broadly, about 25% of sessions are aimed at emerging talent; the remaining 75% targeted at established writers.

[Maklumat lanjut sila ke - http://www.londonscreenwritersfestival.com/whats-on]

KENAPA TIDAK KITA DI MALAYSIA MENGANJURKAN FESTIVAL YANG SAMA?

KENDURI SEKAMPUNG KERANA DRAMA 'MAKBUL'

Thursday, October 28, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SUASANA KENDURI KAMPUNG DI YAN,KEDAH SEMPENA KEDATANGAN KREW PENERBITAN UNIT DRAMA RTM DAN PARA PELAKUN DRAMA 13 EPISOD 'MAKBUL' . DRAMA INI AKAN DITAYANGKAN PADA AWAL 2011. NAMUN KINI SAYA DIMAKLUMKAN OLEH PENGARAHNYA ASRI ALIAS, DRAMA INI AKAN DISAMBUNG 13 EPISOD LAGI. ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH PUN MENYIAPKAN SKRIPNYA. SHOOTING SAMBUNGAN DRAMA INI DIJANGKA AKAN DILAKUKAN PADA MAC ATAU APRIL 2011.









KE PERSADA DUNIA

Wednesday, October 27, 2010


1. Saya belum lagi menonton filem KRU 'MAJIKA'. Kerana itu tidak adil untuk saya memberi komen terhadap filem tersebut.

2. Entry saya ini hanya menyentuh mengenai tahap penjurian yang telah memilih Magika sebagai FILEM TERBAIK pada Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini,

3. Kebiasaannya samaada diperingkat dunia atau local sekalipun, sesebuah filem yang diangkat untuk menjadi filem terbaik juga akan memenangi anugerah pada dua atau tiga atau mungkin semua kategori berikut iaitu Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakun Lelaki Terbaik dan Pelakun Wanita terbaik.

4. Magika tidak memenangi mana-mana kategori berikut tapi telah dinobatkan sebagai filem terbaik. Keadaan ini dianggap pelik dan melucukan.

5. Mungkin kerana tema dipilih festival kali ini 'KE PERSADA DUNIA', Majika dilihat layak dinobatkan sebagai filem terbaik.

6. Kerjasama FINAS dengan NATIONAL GEOGRAFIC CHANNEL untuk menerbitkan dokumentari yang bertaraf dunia sudah nampak ada hasilnya.

7. Kenapa tidak kita angkat dahulu drama-drama tempatan agar dapat diangkat ke persada dunia sepertimana yang berlaku di Thailand, Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.

8. Masih jauh perjalanan kita untuk membawa filem kita ke persada dunia jika drama kita sendiri pun masih belum mampu kita angkat ke persada dunia.

9. Saya setuju dengan pandangan Jurey Rosli, Presiden PPTVM dalam rancangan Fenomena di TV1 Sabtu lepas yang mencadangkan agar dana kreatif RM200 juta untuk 2011 yang diumumkan dalam budget baru-baru ini diberi keutamaan pada pembelian drama tempatan bermutu oleh RTM.

10. 'Ke Persada duniakan' juga drama-drama tempatan kita.

11. Apapun tahniah pada KRU kerana penerbitan MAJIKA.

LAGU TEMA SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN

Saturday, October 23, 2010

Salah satu babak dalam drama Sood, Chee Yong & Rakan-rakan

1. Ramai yang bertanya pada saya siapa sebenarnya yang menyanyikan lagu tema dalam drama bersiri saya SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN dan apa judul lagu tersebut.

2. Saya telah bertanya pada penerbitnya Puan Nora Hendon dari NHF PRODUCTIONS SDN BHD tapi dia sendiri pun tidak tahu siapa penyanyinya dan apa judul lagu tersebut.

3. Menurut Puan Nora Hendon dia telah memperolehi lagu tersebut dari seorang pelajar UiTM lama dahulu sebelum drama tersebut diterbitkan lagi. Cuma semasa editing drama tersebut dia tiba-tiba teringat mengenai lagu itu yang dirasakan amat sesuai dengan genre komedi drama berkenaan.

4. Menurut Puan Nora Hendon lagi dia sendiri pun tidak ingat siapa pelajar UiTM tersebut dan berharap sesiapa yang dapat membuktikan dirinya sebagai pencipta dan pemegang hakcipta lagu tersebut dapat menghubunginya agar saguhati yang berpatutan dapat diberikan atas penggunaan lagu tersebut sebagai lagu tema drama berkenaan.

CINTA BERTAHAN DI SLOT AKASIA TV3 2011

Tuesday, October 19, 2010

ALHAMDULILLAH SELEPAS DRAMA 13 EPISOD 'SECANKIR KASIH',TV3 TELAH MEMILIH SATU LAGI KARYA SAYA 'CINTA BERTAHAN' UNTUK MENGISI SLOT AKASIA 24 EPISOD UNTUK TAYANGAN PADA PADA 2011. SAYA AKAN BERTOLAK KE DAERAH BEUFORT SABAH NOVEMBER INI UNTUK MENGAMBIL SEMULA MOOD BERKARYA BAGI MENYEDIAKAN TREATMENT DRAMA TERSEBUT SEBELUM SAYA MEMINDAHKANNYA KEPADA SHOOTING SCRIPT.

TULISAN SAYA SEBELUM INI MENGENAI 'CINTA BERTAHAN' BOLEH DILIHAT PADA ENTRY SAYA DI http://zabidiskrip.blogspot.com/search?q=cinta+bertahan&x=0&y=0




Selain perkhidmatan keretapi antara Beufort-Tenom yang berumur lebih 100 tahun, Sungai Padas di daerah Beufort juga terkenal sebagai tempat water wrifting dikalangan pelancung.

PAKAT-PAKAT JADI AHLI SWAM - GBPSM

Monday, October 18, 2010






PERTEMUAN 'GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA' (GBPSM) TELAH MENGADAKAN MESYUARAT KE3 MEREKA DI BANGI KOPITIAM DI TAMAN MELAWATI SEMALAM (AHAD). MESYUARAT SEPAKAT BERSETUJU UNTUK MENDAFTAR DIRI BERAMAI-RAMAI SEBAGAI AHLI SWAM. SAYA TIDAK HADIR PADA MESYUARAT TERSEBUT KERANA KEBETULAN MENGHADIRI MESYUARAT DI TEMPAT LAIN.

SAYA MENYOKONG SEGALA USAHA OLEH MANA-MANA PIHAK UNTUK MEMBELA NASIB PENULIS SKRIP DI MALAYSIA ASAL SAJA IANYA TIDAK MEMBELAKANG ATAU MENGENEPIKAN SWAM.

AKUARIUM UNTUK PROP

Saturday, October 16, 2010

HARI INI MENGHABISKAN MASA DI MID VALLEY UNTUK SURVEY AKUARIUM UNTUK DIJADIKAN PROP DALAM DRAMA 'SECANKIR KASIH'. AKUARIUM INI AKAN DIJADIKAN 'KAREKTOR' DALAM DRAMA ITU NANTI.



AKU, NATRAH & PROF. TAN SRI AHMAD IBRAHIM (2)

Tuesday, October 12, 2010


1. Pihak Astro bakal menerbitkan sebuah dokumentari khas berkaitan dengan kisah NATRAH.

2. Saya telah dihubungi oleh syarikat yang dilantik Astro untuk menerbitkan dokumentari tersebut untuk dijadikan salah seorang tetamu bagi membicarakan kisah Natrah dan Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim yang merupakan salah seorang peguam yang membela kes Natrah ketika dibicarakan di Singapura. Tan Sri Ahmad Ibrahim pernah menjadi pensyarah dan tutor saya ketika saya belajar di Fakulti Undang-undang dahulu.

3. Entry dalam blog saya AKU, NATRAH DAN TAN SRI AHMAD IBRAHIM rupa-rupanya menarik pihak Astro untuk menjadikan saya salah seorang tetamu dalam dokumentari itu nanti.

4. Sila rujuk ke entry saya tersebut untuk membaca komen saya tentang isu Natrah di http://zabidiskrip.blogspot.com/search?q=aku+natrah+dan+tan+sri+ahmad+ibrahim&x=0&y=0

SECANGKIR KASIH & DIANA DANIALLE

Sunday, October 10, 2010

1. TV3 pada jumaat lepas telah memaklumkan bahawa karya terbaru saya SECANGKIR KASIH akan diletakkan dalam slot LESTARY. Slot ini biasanya akan menayang drama seminggu sekali selama satu jam pada setiap selasa jam 9.00 malam.

2. Saya agak sedikit kelam kabut untuk merombak skrip kerana pada awalnya drama tersebut dijadualkan hanya untuk 9 episod sahaja.

3. Pengarah favourite TV3 Haykal telah diamanahkan oleh TV3 untuk mengarahkan drama tersebut. Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan Haykal.

4. Shooting dijangka akan bermula pada 5 November ini dan tarikh tayangannya telah ditetapkan pada 6 Dis bersempena dengan sambutan Maal Hijrah.

5. TV3 juga telah memberi syarat agar watak utama dalam drama ini diberi pada Diana Danialle.

SOOD, CHEE YONG & RAKAN2 DI SPM

Saturday, October 9, 2010



1. Saya dimaklumkan oleh producer NHF PRODUCTIONS SDN BHD bahawa drama saya SOOD,CHEE YONG & RAKAN2 mendapat sambutan dan rating yang tinggi di TV1.

2. Drama ini masih sedang ditayangkan di TV1 pada setiap hari isnin, selasa dan rabu setiap minggu pada jam 9.00 malam. Setakat hari ini sebanyak 7 episod telah pun ditayangkan.

3. Atas sambutan penonton terhadap drama komedi ini pihak RTM telah memanggil dua pelakun utamanya JEHAN MISKIN dan WAN ELYAS untuk hadir pada program SELAMAT PAGI MALAYSIA (SPM) di TV1 pada Isnin 11 Oktober ini jam 8.00 am untuk mempromosi drama tersebut.

4.Agak pelik kerana biasanya sesuatu promosi drama di RTM akan dibuat di SPM sebelum sesebuah drama itu ditayangkan lagi dan bukannya pada pertengahan episod.

5. Atas sambutan penonton ke atas drama tersebut saya berharap agar drama tersebut boleh disambung lagi pada masa akan datang.

GAMBAR DI LOKASI - DRAMA 13 EPISOD 'MAKBUL'

Thursday, October 7, 2010







Drama MAKBUL 13 EPISOD arahan ASRI ALIAS dari UNIT DRAMA RTM ini di jangka akan ditayangkan pada awal 2011.

AL HIJRAH TV MEDIA CORPORATION

Monday, October 4, 2010


1. Dua bulan lepas saya telah dipanggil ke pejabat TV AL Hijrah di mana saya ditawarkan untuk berkarya dengan station tv tersebut yang dijangka akan dilancarkan pada November 2010 sempena sambutan Maal Hijrah.

2. Hanya hari ini saya berkesempatan menghantar 9 proposal kepada TV Al Hijrah untuk dinilai dan kelulusan jika bersesuaian dengan kehendak serta keperluan TV Al Hijrah.

3. Pertemuan yang berlangsung di pejabat TV Al Hijrah Media Corporation jam 2.45 pm di Kompleks Bangunan Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala lumpur dihadiri Puan Fazidah (Executive Kanan Bahagian Bekalan), Natasha Nizamudin ( Eksekutif Kanan Bahagian Penjenamaan) dan Izyan Liyana Khairul Anuar (Eksekutif Penjenamaan).

4. Saya bersyukur dengan keujudan TV Al Hijrah kerana kemunculan sebuah station tv yang mahu memperjuang dan mengangkat kandungan islam secara tidak langsung boleh memberi saya ruang dan peluang untuk mengangkat karya-karya genre islami yang 'syariah compliants'.

5. Terima Kasih kepada TV Al Hijrah kerana memberi kepercayaan kepada saya.

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Sunday, October 3, 2010

Saya dan isteri berkesempatan hadir pada majlis walimah anak perempuan kepada pelakun Rahim Omar pada 2 oktober bertempat di rumahnya di Taman Permata, Ampang, Selangor. Rahim Omar kerap berlakun dalam drama saya. Tapi lakunannya paling diingati dalam drama NUR KASIH di TV3.

SELAMAT MENYAMBUT DAN MENERIMA MENANTU.