THE COW & AYATOLLAH KHOMEINI

Sunday, July 19, 2009


1. Pada 1979 selepas Ayatollah Khomeini menjatuhkan Shah Iran, industri filem Iran adalah antara yang paling awal menerima padahnya. Filem yang sebelum ini diterbitkan ketika rejim Shah Iran diharamkan tayangannya. Panggung wayang juga diarah tutup.

2. Namun beberapa tahun kemudian Ayatollah Khomeini telah berkesempatan menonton sebuah filem neorealism Iran THE COW yang telah diterbitkan pada 1971 yakni lapan tahun sebelum tumbangnya rejim Shah Iran.

3. The Cow arahan Dariush Mehrjui, ditulis skripnya oleh Gholam-Hossein Saedi berdasarkan novel Gholam sendiri. Ianya dibintangi oleh Ezatolah Entezami sebagai Hasan watak utama dalam filem itu.

4. Sinopsis - cerita mengenai seorang penduduk kampung pertengahan umur Hassan yang memiliki seekor lembu yng merupakan satu-satunya lembu di kampungnya. Lembu ini menjadi sumber untuk para penduduk kampung membeli dan mendapatkan susu. Kerana itu Hassan begitu menyayangi lembunya itu. Satu hari dia ke bandar untuk beberapa hari dan telah berpesan pada isterinya agar menjaga dan memberi makan lembunya dengan baik. Namun semasa Hassan berada di bandar, lembu kesayangnnya itu mati secara tiba-tiba. Semasa Hassan kembali ke kampung, isterinya dan penduduk kampung jadi serba salah untuk memberitahu Hassan bahawa lembunya telah mati. Namun ketika Hassan mendapat tahu beberapa hari kemudian lembunya telah mati dia menjadi tidak keharuan sehingga kesihatan dan mentalnya turut terjejas. Pada akhir cerita, Hassan telah mati dari sakit yang ditanggungnya kerana menderita kehilangan lembu kesayangnya itu.

5. Ayatollah Khomeini begitu terhibur dan tertarik dengan THE COW yang mana story linenya dianggap sebagai very simple and moving. Sejurus menontonnya Ayatollah Khomeini dengan memberi beberapa syarat ketat akhirnya menarik balik larangan membuat filem dan membenarkan panggung wayang dibuka semula di Iran.

Babak dalam The Cow

6. THE COW dianggap penyelamat dan pembuka lembaran baru kepada masa depan industri filem di Iran. Sehingga kini ratusan filem Iran telah mendapat pengikhtirafan di peringkat antarabangsa.

7. Saya suka dengan pendapat yang mengatakan "a good story always comes from a simple and moving story line".


BERKONGSI RASA

Wednesday, July 15, 2009

SEBAHAGIAN DARI HAMPIR 500 KEPING GAMBAR YANG SAYA SEMPAT RAKAMKAN SEMASA MENUNAIKAN IBADAH UMRAH BARU-BARU INI. SEKADAR UNTUK BERKONGSI RASA.









AKHIL HAYY -vs- MAIZAWATI


1. Hari ini, 15 jULAI 3.35 petang di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, akhirnya pendakwah tersohor Akhil Hayy secara sah telah melafazkan talaq keatas isterinya Maizawati Zainal di hadapan Hakim Mohd Riduan Yusof.


2. Pendek saja komen saya. Kesilapan Akhil Hayy adalah apabila dia meletakkan dirinya seperti artis. Moga ini menjadi ikhtibar pada semua para pendakwah tidak lupa termasuk diri saya juga.


3. Namun episod perjalanan Akill Hayy belum bernoktah selagi dia masih menafikan Waheeda adalah isterinya.

PERSATUAN KEBAJIKAN ARTIS VETEREN

Tuesday, July 14, 2009


1. Ketika menunaikan umrah baru-baru ini selalu terdetik di hati saya "Alangkah baiknya jika artis-artis veteren tanahair dapat ditaja dan diajak menunaikan haji atau umrah? Bukankah ini lebih baik dari semata-mata memberi mereka pangkat 'Datuk' atau 'Tan Sri' ? Diberi pangkat 'Datuk' dan 'Tan Sri' tapi kemudian dilupakan seperti nasib Datuk Yahya Sulong amatlah menyedihkan. Hanya ketika Datuk Yahya Sulong dilapurkan uzur dan sakit barulah ada pihak yang mahu menjenguknya. Tapi seperti biasa, sejurus selepas kunjungan pihak tertentu disiarkan dalam akhbar sekali lagi orang veteren seperti Datuk Yahya Sulong akan dilupakan.

2. Hari ini saya terharu bila terbaca di akhbar mengenai pengujudan Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) dimana Datuk Ismail Hutson menjadi Presiden dan Datuk Aziz Satar menjadi Timbalan Presidennya. Syukur alhamdulillah.

3. Lebih terharu lagi bila membaca kenyataan Datuk Aziz Satar yang juga menyebut antara aktiviti PKAV adalah berusaha untuk menghantar ahli-ahlinya mengerjakan Haji dan Umrah.

4. Saya mendoakan penubuhan PKAV akan dapat membawa manafaat dunia akhirat kepada artis veteren.



5. Saya di sini mencadangkan agar PKAV juga menganjurkan kelas pengajian agama dan Al Quran kepada para artis veteren ini. JAKIM, Pejabat Agama di Negeri-negeri, NGO Islam patut membantu PKAV merealisasikan aktiviti mereka ini.

FITRAH WANITA DI RTM



1. 9 Julai 2009 baru ni saya telah dipanggil RTM untuk presentation satu proposal saya FITRAH WANITA yang sebenarnya sudah hampir setahun setengah telah terpendam dan terperap di RTM. Tak sangka tiba-tiba Puan Nora Hendon, penerbitnya menalipon saya mengatakan RTM berminat dengan proposal saya itu.


2. FITRAH WANITA adalah drama 13 episod 1 jam yang bakal di terbitkan oleh NHF Productions Sdn Bhd dibawah arahan pengarah Din Glamour.


3. Sebelum ini drama saya FITRAH LELAKI (telemovie) pernah diterbitkan oleh Time Air Services (TAS) untuk tayangan di RTM2. Kenapa kali ini FITRAH WANITA pula?


4. Saya kerap menonton DESPERATE HOUSEWIFE di Astro dan pernah membaca dua buku yang menyentuh persoalan mengenai kaum wanita iaitu WHAT A WOMEN WANT MEN TO KNOW tulisan Barbara De Angelis PhD dan MENS ARE FROM VENUS AND WOMEN ARE FROM MARS tulisan John Gray.




5. Setelah menonton drama dan membaca kedua buku tersebut timbul keinginan untuk mengupas isu berkaitan fitrah kaum wanita dari perpektif orang melayu dengan memasukkan elemen dakwah didalamnya.



6. Saya akan berusaha menjadikan FITRAH WANITA ini drama yang baik. Panel Penilai RTM (kebetulan semuanya wanita) yang mendengar presentation atau pitching saya pada hari itu tidak banyak komen malah mereka seronok dengan story-line yang tidak merendah-rendahkan maruah kaum hawa.

7. Namun FITRAH WANITA bukan DESPERATE HOUSEWIFE. FITRAH WANITA adalah kisah empat wanita yang kaki shooping, kaki hias diri (makeover), suka pada perhiasan dan kecantikan, kisah wanita yang tak dapat mengimbangi antara keutamaan kerjaya dan rumahtangga dan kisah sifat keibuan wanita.

8. Mampukan seorang penulis skrip lelaki seperti saya menggarap sebuah drama mengenai fitrah kaum wanita? Sama-sama kita tonton tayangannya nanti yang dijangka pada awal 2010 di RTM2.

CHE LI -V- JS PRODUCTION

Monday, July 13, 2009


1. Untuk entry ini saya tidak berniat untuk menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak samaada Che Li atau JS Pictures milik pasangan suami isteri Jinggo dan Sheila Rusly. Saya juga tdak berminat untuk mencungkil siapa yang benar dan siapa yang salah. Kesemua mereka adalah orang tersohor belaka. Che Li pernah memenangi Anugerah Penulis Skrip Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3 melalui drama Ijtihad dan Jinggo juga adalah pemenang dalam anugerah yang sama sebagai Pengarah Terbaik dalam telemovie yang sama. Begitu juga dengan Sheila Rusly juga pernah memenangi beberapa anugerah dalam industri.

2. Saya mahu menulis isu ini dari perspektif professionalisme seorang peguam dan bekas majistrate yang faham tentang selok belok perundangan sivil dan jenayah.

3. Saya melihat tindakan Che Li membuat kenyataan akhbar untuk menghebahkan bahawa dia telah menerima ugutan dari JS Pictures dan telah melapurkannya kepada polis adalah satu tindakan yang pra matang dan agak terburu-buru.

4. Dari sudut pandangan undang-undang maksud ‘ugutan’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘threat’ itu telah diberi satu tafsiran yang agak ketat.

5. Ugutan dari segi legal mestilah secara spesifiknya bermakna ‘a person making a direct physical threat to another person. A threat is the expression of an intention to injure or to kill another person or to destroy or damage another person property. And it must be real threat not an imigination per se” Inilah yang dinamakan sebagai ugutan jenayah.

6. Che Li patut bertanya pada dirinya dahulu sebelum membuat lapuran polis. “Adakah ugutan jenayah untuk mencederakannya atau membunuhnya atau memusnahkan harta bendanya ujud dalam sms yang diterimanya dari Jinggo atau Sheila Rusly?”. Jika jawabnya YA, maka bukti kandungan sms berbentuk ugutan jenayah yang dinyatakannya secara nyata dan terang itu mesti di kemukakan pada pihak polis. Jika lapuran polis itu berkaitan satu ugutan bunuh atau ancaman pada fizikal dan hartabendanya maka tindakan membuat lapuran polis adalah betul dan tepat. Namun tidak perlulah Che Li memanggil sidang akhbar seolah-olah untuk menggambarkan dia menerima ugutan bunuh atau kecedreaan keatas diri atau hartabendanya kerana semuanya kini setelah dilapurkan pada polis adalah terletak pada siasatan dan bidang kuasa pihak polis.

7. Sebaliknya jika sms yang dihantar oleh Jinggo atau Sheila Rusly TIDAK ADA sebarang ugutan jenayah menurut tafsiran yang saya nyatakan tadi maka dari sudut sivil, JS Productions pula berhak mengambil tindakan sivil di mahkamah sivil ke atas Che Li atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah dengan niat untuk memalukan dan merosakkan reputasi dan nama baik JS Pictures.

8. Episod seperti ini tidak sepatutnya berlaku malah boleh dielakkan jika Che Li faham undang-undang.

9. Persatuan seperti SWAM dan PPTV patut ada penasihat undang-undang mereka sendiri untuk menasihatkan para ahlinya.

10. Namun saya berharap episod antara Che Li dan JS Production ini dapat diselesaikan tanpa melibatkan sebarang proses mahkamah.

11. SWAM dan PPTV mungkin boleh jadi orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini dengan berhemah dan matang.

AKU, TAN SRI PROF AHMAD IBRAHIM DAN NATRAH

Friday, July 10, 2009


1. Semasa dalam tingkatan enam di High School Muar, Johor pada 1980, saya pernah membaca buku tentang Natrah (Maria Hertough) berjudul THE NADRA TRAGEDY, THE MARIA HERTOUGH CONTREVERSY tulisan Haja Maideen. Seronok dan teruja membacanya kerana kisah perjalanan hidup Maria ibarat kisah kehidupan sebuah roller coster yang bergerak laju berputar dalam beberapa pusingan tragedi kehidupan seorang remaja 13 tahun yang terpaksa menempuh ujian keyakinan dalam mempertahankan harga sebuah iman dalam usia yang begitu muda dan naive.


2. Semasa melanjutkan pelajaran ke Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya, pada 1982, Dekan saya ketika itu Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim yang juga menjadi tutor saya dalam subjek Islamic Law pernah menceritakan pada saya mengenai kisah Maria atau nama Islamnya Natrah ini. Kebetulan dia adalah peguambela kepada Natrah di Singapura ketika itu. Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim bercerita dalam nada kesal sambil kelopak matanya berkaca kerana menahan airmatanya dari mengalir keluar. Saya dapat rasakan dia begitu kesal kerana tidak dapat menyelamatkan Natrah. Masih basah dalam fikiran saya apa yang sempat diluahkan oleh Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim pada saya ketika itu. “Kita sepatutnya membawa lari Natrah sebelum keputusan mahkamah lagi demi menyelamatkan iman dan aqidah Natra. Keputusan mahkamah itu sudah kita jangka sejak awal lagi. Mahkamah yang dicorak oleh British bukan tempatnya untuk kes seperti Natrah
Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim



3. Kata Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim lagi, sejurus sahaja selepas keputusan mahkamah diumumkan, Natrah dalam keadaan yang meraung-raung telah diseludup keluar dan dibawa lari melalui pintu belakang mahkamah oleh beberapa pegawai polis berbangsa Inggeris. Natrah kemudiannya telah dibawa ke sebuah gereja untuk di Khatolikkan semula. Akhbar New Straits Times keesokkannya telah mengeluarkan gambar Natrah dalam keadaan melutut di depan patung Virgin Mary. Gambar yang sengaja disiarkan berulang kali ini akhirnya telah menaikkan kemarahan umat Melayu Islam di Singapura yang telah membawa kepada rusuhan berdarah pada 12 Disember 1950.

4. Natrah kemudian dengan bantuan Persatuan Gereja Kristian Sedunia telah diterbangkan ke Belanda dan telah disambut sebagai wira oleh seluruh penduduk Belanda ketika itu. Kerajaan Belanda sendiri telah memberikan kawalan keselamatan khas kepada Natrah dan keluarganya. Kisah Natrah dan rusuhan berdarah di Singapura mendapat liputan meluas di seluruh Eropah terutamanya di Belanda dan di England.


5. Kerana cerita first hand dari Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim itu, kisah Natrah ini begitu dekat dengan hati saya. Apatah lagi semalam saya mendengar dari siaran berita Bernama di tv, Natrah telah meninggal dunia akibat sakit lukemia pada umur 72 tahun di rumahnya di Hjjberhan, Belanda.
Natrah bersama ibu angkatnya Aminah.Aminah berasal dari Terengganu tapi lama menetap di Indonesia. Natrah bersama ibu kandungnya (sebelah kiri)

6. Namun ketika bertugas sebagai Majistrate di Kelantan pada 1989 tulisan Fatini Yaakob (kini Datin dan karyawan tamu di UTM) yang telah mencari dan berjumpa dengan Natrah tapi kemudian didapati telah dipaksa kembali kepada agama Khatolik cukup menyentap hati saya. Kesal dan kecewa tidak terkata apatah lagi Datin Fatini Yaakob menemui Natrah ketika itu dalam kehidupan yang penuh daif lagi miskin melarat. Malah Natrah pernah dipenjarakan kerana tuduhan cuba membunuh suami Belandanya.

7. Remaja hari ini atau pada perkiraan saya, mereka yang berumur kurang dari 40 tahun kebanyakkannya mungkin tidak pernah mendengar kisah Natrah ini. Para remaja kini bukan saja malas baca sejarah tapi ramai yang buta sejarah.

8. Kisah Natrah tulisan Datin Fatini Yaakob dalam majalah Dewan Masyarakat patut dibukukan agar para remaja dan jenerasi hari ini dapat membaca, melihat dan menginsafi betapa sensitifnya masyarakat melayu dahulu dengan islam dan bagaimana mereka sanggup melakukan demonstrasi demi menyelamatkan aqidah Natrah hingga 18 orang dari mereka turut terkorban dan ratusan lagi cedera parah akibat bertempur dengan polis.

Gambar rusuhan di luar perkarangan mahkamah tinggi di Singapura

9. Kisah Natrah kalau ada pun dalam bentuk buku atau penulisan pernah diterbitkan dalam bentuk novel seperti Tragedi Nadra (Haja Maideen), Mortal Flower (Han Suyin), Voices Of Asia (James Michener) dan A Salute To Singapore, Snouk Hugronje, Bertha Hertough or Nadra Maarof.

10. Namun yang paling terkenal adalah traveloque penyelidikan dan penulisan bekas wartawan Dewan Masyarakat (kini Karyawan Tamu UTM), Datin Fatini Yaacob yang disiarkan dalam beberapa siri di Majalah DEWAN MASYARAKAT terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang mengkaji kisah berkenaan sehingga membawanya bertemu dengan Natrah di Belanda adalah yang paling lengkap dan boleh dipertanggungjawabkan pengkisahan dan rentetan fakta sejarahnya.

11. Bekas Pengerusi Utusan Malaysia Tan Sri Kamarul Ariffin pernah menerbitkan filem Jasmin 1 (1984) dan Jasmin 2 (1986), filem yang berdasarkan kisah sebenar Natrah ini tetapi masih tidak berani memaparkan fakta sebenar mengenai penentangan masyarakat melayu islam di Singapura terhadap dakyah paderi kristian di Singapura. Ini mungkin kerana terpaksa menjaga sensitiviti beragama masyarakat pelbagai kaum ketika itu. Akhirnya filem itu hanya menjadi kisah cinta komersial sahaja. Nilai dakwah dan tarbiahnya tidak ada. Tidak ada unsur untuk mengangkat kecintaan orang melayu keatas amalan agamanya.


12. Kini khabarnya seorang Pengarah filem terkenal di Belanda, Ben Sombogart dilaporkan akan menerbitkan sebuah filem mengenai tragedi Natrah ini pada tahun 2010. Namun siapa Ben Sombogart yang terkenal dengan filem The Sisters ini amat saya ragui dan pertikaikan. Seorang ahli Parlimen Belanda Geert Wilders pernah menimbulkan kontoversi bila telah membuat filem FITNA yang sengaja menghina Rasulullah SAW. Saya amat bimbang dan meragui niat dan keikhlasan Ben Sombogart untuk mengangkat kisah Natrah ini kerana tentunya dia akan mengangkat cerita ini dari Point Of View (P.O.V) seorang khatolik juga. seperti Geert Wilders.

Ben Somborgart


13. Maka kita umat islam di Malaysia perlu mendahului usaha dalam mengangkat kisah tragedi iman Natrah ini dari P.O.V seorang muslim yang sensitif dengan agamanya. Saya cadangkan ianya dibuat dari P.O.V seorang penulis dan wartawan muslim seperti Datin Fatini Yaacob.

14. Umat Melayu Islam di Malaysia kini sudah tidak sensitif lagi bila politician dari masyarakat bukan islam di Malaysia sendiri memperkotak-katik dan merendah-rendahkan autoriti, kemuliaan dan keagungan agama mereka. Pengkisahan semula tragedi Natrah ini dalam bentuk buku, dokumentari, drama atau filem perlu untuk menyuntik semangat jihad umat melayu islam agar lebih sensitif dengan agama mereka. Ini satu jihad juga pada saya. Lebih baik dari hanya memapar dan memperjuangkan genre thriller atau hantu semata. Kisah Natrah juga adalah kisah cinta Natrah dan Mansor Adabi (meninggal dunia pada 15 Oktober 1988, di Singapura) yang punya nilai komersialnya yang tersendiri.

Mansor Adabi di sebelah kiri gambar.

15. Mansor Adabi seorang penulis dalam Malayan Lay Journal yang ketika itu berumur 18 tahun di kahwinkan dengan Natrah yang ketika itu baru berumur 13 tahun secara nikah gantung sebagai startegi mengelak mahkamah memerintahkan Natrah diserahkan pada keluarga kandungnya. Mereka terpisah jauh dan Mansor Adabi kemudiannya telah berkahwin dengan Zaiton Juhari. Ketika Natrah di Belanda sebuah akhbar di sana secara sengaja telah menyiarkan perkahwinan tersebut dan ini telah menimbulkan tekanan jiwa kepada Natrah. Begitulah halus pihak gereja kristian berusaha membuatkan Natrah melupakan terus suami dan agamanya.

16. Sila serve http://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan_Natrah - untuk maklumat lanjut