

1. 7.November (Sabtu) lepas saya telah mengadakan kelas penulisan skrip drama kepada 18 peserta yang berminat menjadi penulis skrip drama tv berunsur islam. Ada diantara mereka merupakan pensyarah universiti, wartawan, pendakwah bebas dan penulis novel.
.
2. Kelas yang dianjurkan oleh Layar Consult Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan tv itu bermula dari jam 9.00am hingga 5.00 petang. Kursus ini tidak diiklankan kerana ianya dibuat atas dasar jemputan khas sahaja.
.
3. Saya nyatakan pada para peserta bahawa tidak ada istilah 'skrip islam' seperti mana yang biasa disebut-sebut oleh sesetengah pihak. Ini kerana pada pandangan saya ilmu menulis skrip adalah 'ilmu alat'. Kerana itu kita boleh malah patut belajar bagaimana menulis skrip ikut cara atau gaya mana-mana negara yang jauh lebih lebih advance.
.
4. Yang perlu ditekankan dalam penulisan skrip pada pandangan saya adalah bagaimana mengangkat akhlaq, mesej islam dan mesej universal yang diterima islam dalam setiap karya yang dihasilkan.
.
5. Saya banyak menayangkan pada peserta contoh-contoh filem Barat, Iran, India, Korea dan drama-drama tempatan untuk memudahkan mereka faham apa yang dinamakan 'The Movie Stucture', juga apa yang dikatakan dialoque through exposition, dialoque through character, dialoque sub-text dan dialoque humor.
.
6. Kursus akan disambung lagi pada 14 dan 21.November ini.
.
7. Kesemua peserta akan dibimbing oleh saya selama setahun bagi memastikan mereka mampu melahirkan skrip drama berunsur islam yang baik untuk dibekalkan kepada station-station tv yang berminat dengan drama berunsur islam.
