Showing posts with label Wan Elyas. Show all posts
Showing posts with label Wan Elyas. Show all posts

SOOD, CHEE YONG & ASSOCIATES - KOMEDI

Monday, September 20, 2010

LUANGKAN MASA ANDA UNTUK MENONTON KARYA TERBARU SAYA, DRAMA KOMEDI 13 EPISOD 'SOOD, CHEE YONG & ASSOCIATES' DI RTM 1 MULAI 21 SEPTEMBER 2010, SETIAP HARI ISNIN, SELASA & RABU JAM 9.00 MALAM. ANTARA PELAKUN YANG TERLIBAT ADALAH WAN ELYAS DAN JEHAN MISKIN.

SINOPSIS - KISAH DUA PEGUAM YANG BERLAINAN PRINSIP DALAM MENEGAKKAN KEADILAN MELALUI FIRMA GUAMAN MASING-MASING. SEORANG BERANGGAPAN BIDANG GUAMAN ADALAH JALAN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN SEORANG LAGI BERANGGAPAN BIDANG GUAMAN ADALAH JALAN UNTUK MEMBUAT DUIT SEBANYAK MUNGKIN.PERBALAHAN SESAMA MEREKA AKHIRNYA MEMBAWA MEREKA TERPERUSOK KE DALAM LOKAP POLIS.

Saya sendiri sebagai penulis skrip turut berlakun dalam drama ini memegang peranan sebagai Tuan Majistrate.



[Note : Sood, Chee Yong & Associates adalah merupakan sambungan
dari telemovie Sood & Associates sebelum ini. Cuma untuk drama episod kali ini pelakun lain diambil memegang watak utama 'Sood' yang dulunya dipegang oleh Buzen]

SELAMAT MENONTON


Peguam-peguam yang di'sumbat' ke dalam lokap polis.

Wan Elyas

Jehan Miskin

SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN

Monday, March 1, 2010

.
1. drama 13 episod saya SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN yang diluluskan hasil dari pitching di RTM baru-baru ini sudah memulakan pengembaran pada 27. Feb baru-baru ini.
.
2. drama berlatarkan kisah dunia guaman ini sebenarnya adalah sambungan dari sebuah tele karya saya juga SOOD & ASSOCIATES yang telah diterbit dan ditayangkan di RTM dua tahun lepas. Buzen melakunkan watak Sood ketika itu.
.

Wan Elyas
.

3. sinopsis - firma SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN milik 2 peguam baru yang berjinak-jinak dalam dunia guaman dengan memberanikan diri membuka firma guaman sendiri. Mereka berdua berpegang pada falsafah "Let's save the world" yang mereka percaya dapat mereka perjuangkan melalui firma yang mereka tubuhkan itu. Malangnya firma mereka bersebelahan sahaja dengan satu lagi firma lebih senior JAMAL SAHID & CO yang berpegang pada falsafah "Let's make money". Firma senior ini sentiasa membuli dan memperlekehkan firma SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN yang lebih junior. Konflik antara dua firma ini bertambah kusut apabila muncul seorang peguam baru graduate LATIFAH yang bekerja di firma JAMAL SAHID & CO tapi kemudian berpindah kerja ke firma SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN.
.
4. Drama genre komedi ini di bintangi oleh WAN ELYAS sebagai SOOD dan JEHAN MISKIN sebagai SAHID.
.

Jehan Miskin

5. Drama ini dijangka akan ditayangkan di TV1 samaada Ogos atau September 2010.