Showing posts with label MAS AFZAL MASARUDIN. Show all posts
Showing posts with label MAS AFZAL MASARUDIN. Show all posts

MISI MUSTAHIL UNTUK SATU ANGAN-ANGAN YANG TIDAK KOSONG

Tuesday, March 1, 2011

Ucapan terakhir allahyarham Dr Mas Afzal Masarudin dapat di tonton di youtube
Allahyarham Dr Mas Afzal Masarudin telah meninggal pada 18 Dec 2010 yang lalu sekembalinya dari UK akibat sakit barah.Kisahnya menarik perhatian saya kerana dia seorang yang gigih dalam gerakan dakwah di UK serta kuat memperjuangkan nasib rakyat Palestin bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia di UK. Saya sudah pun di hubungi oleh ibunya yang membenarkan saya mengangkat kisah arwah dalam bentuk drama. Tapi saya rasa kisah arwah lebih sesuai diangkat kepada filem kerana isunya yang lebih universal. Saya mahu menjadikan Sheffield di UK dan Palestin sebagai latar cerita ini. Tapi angan-angan saya ini mungkin akan di ketawakan orang dalam industri kerana di Malaysia penerbit filem hanya minat dengan cerita hantu dan lawak bodoh sahaja. Tapi saya tekad mahu mengusahakan kisah Mas Afzal ini dapat di filemkan satu hari nanti. Moga akan ada hartawan dan jutawan yang dapat membiayai pembikinan filem ini atas dasar mahu mengangkat filem genre islam. yang begitu didahagakan oleh masyarakt sekarang. 

Saya akan berbincang dengan ibunya untuk menulis kisah hidup arwah terlebih dahulu. Doakan Allah permudahkan saya dalam 'misi mustahil' ini.

JIKA ADA MANA-MANA PENERBIT BUKU YANG BERMINAT MENERBITKAN BUKU  MENGENAI KISAH HIDUP DR MAS AFZAL MASARUDIN YANG BERKAITAN DENGAN DAKWAH DAN PEJUANGANNYA MEMBELA RAKYAT PALESTIN DI UNITED KINGSOM, HARAP SEGERA HUBUNGI SAYA DI FB SAYA KERANA SAYA MAHU MEMBAWA MEREKA BERTEMU DENGAN IBU KEPADA ARWAH UNTUK PERBINCANGAN SETERUSNYA BAGI PENGHASILAN BUKU INI.

INSYAALLAH

Allahyarham bersama ibunya.
DOAKAN AGAR USAHA SAYA INI DAPAT DI REALISASIKAN.