Showing posts with label Iris Yasmin. Show all posts
Showing posts with label Iris Yasmin. Show all posts

SHOOTING DRAMA 'AKU TERIMA NIKAHNYA' DI BANGI 9.DIS 2009

Wednesday, December 9, 2009

Pejabat Datuk Dr Fadilah Kamsah di Bangi
1. Hari ini saya ke lokasi di pejabat Datuk Dr Fadilah Kamsah untuk memberi taklimat mengenai diaoloqnya. Datuk Fadilah turut berlakun secara chameo (special appearance) dalam drama ini. Saya memberi kebebasan pada Datuk Fadilah, Rozita Che Wan dan Yasmin Isa untuk menggunakan dialoq mereka sendiri. Tajuk yang saya minta mereka bualkan adalah mengenai 'Panduan memilih teman hidup'.
.
2. Ada 2 lagi tokoh yang akan muncul secara chameo selepas Ustaz Nabil & isteri dan Datuk Dr Fadilah Kamsah.


DRAMA TERAKHIR 2009

Tuesday, December 1, 2009

Rozita Che Wan

Rohayah Ibrahim memberi taklimat

Rohayah Ibrahim (EP Astro)

Saipul Bahari Othman (Pengarah)
Yusri Yusof - Executive Producer

Iris Yasmin

1. Drama terakhir saya untuk tahun 2009 ini akan memulakan shootingnya pada 5 Disember ini.
.
2. Drama genre semi komedi 13 episod untuk Astro OASIS ini telah beberapa kali ditukar tajuknya. Penerbitnya Layar Consult Sdn Bhd akhirnya telah mencadangkan AKU TERIMA NIKAHNYA sebagai tajuk dan dipersetujui oleh OASIS.

2. Antara pelakun yang terlibat memegang watak utamanya dalam drama arahan Saipul Bahari Othman ini ialah Rozita Che Wan, Iris Yasmin, Liza Abdullah dan Roslan Sallleh.

3. Satu sessi taklimat dan script reading telah diadakan di pejabat penerbitnya. Executive Producer dari Astro Rohayah Ibrahim turut hadir untuk memberi taklimat kepada para pelakun dan krew yang terlibat.

4. AKU TERIMA NIKAHYA adalah kisah seorang perempuan (Rozita Che Wan) yang takut untuk berkahwin walaupun dia diminati oleh ramai jejaka.