9hb. Jan - JAWI
 dan FINAS akan mengadakan kerjasama dalam penganjuran satu program 
realiti pencarian Da'ie Script2Screen pada hujung bulan Feb ini. Program
 tersebut adalah merupakan kursus penulisan skrip khusus untuk golongan 
agamawan yang tidak pernah menghasilkan 
sebarang skrip drama tv tetapi bercita-cita untuk menjadi penulis skrip 
drama tv dan filem. Program tersebut hanya terhad kepada 30 orang 
peserta yang berumur antara 25-45 tahun sahaja. Kursus akan bermula pada
 Feb ini dan akan berakhir pada Disember 2013
 Untuk fasa 
pertama kelas penulisan skrip patuh syariah ini, saya akan mengajar para
 peserta selama 30 jam 6 hari berturut-turut. Para peserta kemudian akan
 diletakkan dalam program mentor-mentee untuk dibimbing secara 
one-to-one oleh beberapa orang award winning script writer. 
 
Audition juga akan diadakan selama dua hari bertempat di Dewan 
Muktamar Pusat Islam seminggu selepas PC tersebut. Pengumuman untuk 
penyertaan program ini nanti akan dibuat sebelum khutbah jumaat di semua
 masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutuan yang terletak dalam 
pentadbiran JAWI.
 Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang 
ini kerana yuran penyertaan semua peserta kursus akan ditanggung 
sepenuhnya oleh JAWI.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Comments
No response to “JAWI-FINAS MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN CADANGAN BAGI MENGANJURKAN PROGRAM DA'IE SCRIPT2SCREEN” Post Comments (Atom)
Post Comments (Atom)
Post a Comment |
Post a Comment