THE BEAUTY THAT MAKES HEART MOVES

Wednesday, March 16, 2011

Pertemuan di Putrajaya

1. Walaupun saya tidak pernah bertemu dengan Allahyarham Maz Afzal tapi saya begitu bangga dapat berjumpa kedua ibubapa arwah.

2. Pertemuan silaturahim yang turut dihadiri abang sulong arwah sekali sekala terhenti bila mereka terpaksa menahan airmata kesedihan apabila bercerita tentang arwah apatah lagi arwah baru saya 3 bulan meninggalkan mereka. Saya sendiri turut sebak.

3. "We should bring out the beauty in arwah as a person that makes peoples heart moves", itu antara kata peransang yang sempat saya katakan pada mereka.

4. Secara prinsipnya mereka setuju kisah arwah dibukukan dan saya akan memastikan ianya akan dilakukan sebaik mungkin agar kisah arwah dapat menjadi sumber inspirasi remaja seusianya.

5. Sempat saya bertukar maklumat mengenai buku-buku dan filem-filem yang menyentuh isu penyakit kanser yang banyak berada di pasaran terutamanya di barat.

6. Ibunya menyebut dia pernah membaca sebuah novel TUESDAY WITH MORRIE tulisan Mitch Albom mengenai kisah seorang pesakit kanser yang begitu menyentuh hatinya. Saya akan mencari buku ini.

7. Saya juga telah memberitahu mereka mengenai filem hitam putih IKIRU (1952) arahan Akira Kurosawa dari Jepun yang juga menyentuh tentang isu pesakit kanser. Filem ini telah mendapat pengikhtirafan dunia filem antarabangsa.

Buku yang disebut oleh ibu arwah


Filem Jepun yang mendapat pengikhtirafan antarabangsa.

8. Dalam masa terdekat ini saya akan membawa kedua ibubapa arwah Mas Afzal bertemu dan berbincang lebih lanjut dengan penerbit buku yang telah bersetuju untuk menerbitkan buku tersebut.

9. Cadangan untuk membuat filem hanya akan dibincangkan selepas penerbitan buku ini nanti.

DOAKAN SEMOGA USAHA INI DIPERMUDAHKAN ALLAH

Comments

One response to “THE BEAUTY THAT MAKES HEART MOVES”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Assalamualaikum Ustaz Zabidi,

Buat makluman ustaz, Tuesday With Morie dalam bahasa Inggeris ada diterbitkan dalam bahasa Melayu oleh PTS.

Nanti kunjung ke sini saya hadiahkan ;).

Nota: Maqam Cinta sedang berdikit-dikit ditukang, doakan semoga ia segera menemui titik noktah.

March 24, 2011 at 2:25 AM