HANI - NAMA SERUPA TAPI ORANG BERBEZA

Wednesday, December 15, 2010


Nur Fathia (kiri) dan Siti Fathiyah (kanan)

1. Ada yang menegur saya kerana tersilap menulis nama penuh Fathia yang bermula dengan 'Nur' dan bukannya 'Siti'. Nama sebenarnya ialah Nur Fathia.

2. Sebenarnya saya terkeliru pada awalnya dengan dua watak utama yang terlibat dalam drama saya, HANI. Watak HANI di pegang oleh Nur Fathia dan watak ALIAH dipegang oleh Siti Fathiyah.

3. Nama yang hampir serupa tapi orangnya berbeza.

4. Nama Nur Fathia dicalonkan oleh TV3 untuk memegang watak HANI apabila Diana Danial yang pada awalnya dicalonkan untuk watak itu tidak dapat melibatkan diri akibat terikat dengan banyak job lain.

5. Namun saya sendiri telah memilih Siti Fathiyah untuk memegang watak ALIAH setelah saya melihat lakonannya dalam satu lagi drama saya di Astro AKU BUKAN RABIATUL. Saya percaya karektor yang ada pada Siti Fathiyah mampu mengangkat watak ALIAH yang telah saya cipta dalam HANI.

Comments

No response to “HANI - NAMA SERUPA TAPI ORANG BERBEZA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)