KE PERSADA DUNIA

Wednesday, October 27, 2010


1. Saya belum lagi menonton filem KRU 'MAJIKA'. Kerana itu tidak adil untuk saya memberi komen terhadap filem tersebut.

2. Entry saya ini hanya menyentuh mengenai tahap penjurian yang telah memilih Magika sebagai FILEM TERBAIK pada Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini,

3. Kebiasaannya samaada diperingkat dunia atau local sekalipun, sesebuah filem yang diangkat untuk menjadi filem terbaik juga akan memenangi anugerah pada dua atau tiga atau mungkin semua kategori berikut iaitu Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakun Lelaki Terbaik dan Pelakun Wanita terbaik.

4. Magika tidak memenangi mana-mana kategori berikut tapi telah dinobatkan sebagai filem terbaik. Keadaan ini dianggap pelik dan melucukan.

5. Mungkin kerana tema dipilih festival kali ini 'KE PERSADA DUNIA', Majika dilihat layak dinobatkan sebagai filem terbaik.

6. Kerjasama FINAS dengan NATIONAL GEOGRAFIC CHANNEL untuk menerbitkan dokumentari yang bertaraf dunia sudah nampak ada hasilnya.

7. Kenapa tidak kita angkat dahulu drama-drama tempatan agar dapat diangkat ke persada dunia sepertimana yang berlaku di Thailand, Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.

8. Masih jauh perjalanan kita untuk membawa filem kita ke persada dunia jika drama kita sendiri pun masih belum mampu kita angkat ke persada dunia.

9. Saya setuju dengan pandangan Jurey Rosli, Presiden PPTVM dalam rancangan Fenomena di TV1 Sabtu lepas yang mencadangkan agar dana kreatif RM200 juta untuk 2011 yang diumumkan dalam budget baru-baru ini diberi keutamaan pada pembelian drama tempatan bermutu oleh RTM.

10. 'Ke Persada duniakan' juga drama-drama tempatan kita.

11. Apapun tahniah pada KRU kerana penerbitan MAJIKA.

Comments

No response to “KE PERSADA DUNIA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)