SPECIAL EDITION - MAUNAH

Friday, June 27, 2014

ANTARA 'TANDA PUTERA' & 'RUMAH KECIL ITU'

Friday, March 15, 2013

1. Filem 'TANDA PUTERA' karya Suhaimi Baba tentang peristiwa 13 mei yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 sudah beberapa kali di tunda oleh FINAS. Drama telemovie saya 'RUMAH KECIL ITU' juga tentang peristiwa 13 Mei.

2. Kedua-duanya mengangkat isu perkauman yang amat sensitif. Dalam skrip saya ada dialoq-dialoq yang berbunyi 'Melayu dan Cina bergaduh', "PAP hasut kaum cina benci Melayu',"Cina dan melayu merusuh di Kuala Lumpur", "PAP mahu perjuangkan Malaysian Malaysia', "Melayu mati", "Cina mati", "Tetak dengan parang".

3. Bezanya saya menggunakan pendekatan komedi.

4. Ianya mengisahkan porak peranda yang berlaku di sebuah jamban setelah dharurat diistiharkan selepas berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Kisah ini diilhamkan dari kisah benar yang menimpa keluarga saya sendiri yang ketika itu tinggal di Batu Gajah Perak.

5. Saya percaya khalayak penonton yang menontonnya akan ketawa dan terhibur menonton drama ini. Apa yang lebih penting adalah sub text di sebalik dialoq-dialoq yang terkandung dalam drama unik ini.

6. Saya belum berkesempatan menonton TANDA PUTERA tapi begitu teruja mahu membandingkannya dengan RUMAH KECIL ITU.












Mandy Chong bersama Pengarah Jurey Latif.

BENGKEL SKRIP PTS/FINAS - APRIL

Monday, March 11, 2013


TELE : MENDONGAK KE PUNCAK (RTM)

Thursday, March 7, 2013

Tele MENDONGAK KE PUNCAK arahan pengarah veteran Yusof Kelana baru sahaja selesai shooting di sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Kinabalu pada 28hb Feb lepas.

Sinopsis : Kisah seorang ibu dan nenek yang tidak mahu berhenti menjadi porter walau pun di desak oleh anak dan menantunya. 

Cerita ini kisah konflik keluarga yang tidak ada kisah cinta. Tapi saya percaya elemen porter yang mengangkat barang mendaki gunung Kinabalu dengan upah sebanyak RM10.00 sekilo ini mempunyai nilai yang baik untuk diangkat dalam sebuah drama. Drama ini dijangka akan ditayangkan sempena Hari Ibu pada Mac nanti. Semua para pelokonnya adalah anak tempatan Sabah sendiri.



Gambar hiasan : Porter di Mount Kinabalu.

DR BUBBLES

Wednesday, March 6, 2013

Semalam bersama isteri bertemu dan berbual panjang dengan Iskandar Syah Ismail (Dr Bubbles) dan isterinya di KLCC. Kata Iskandar, di barat terdapat ramai Dr Clown atau Dr Badut menghiburkan kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital. Apa yang menarik tentang Iskandar ini ialah dia seorang pelajar tajaan Petronas lulusan Chemical Engineering dari University Of Bradford UK. Dia memilih menjadi Dr Clown hanya semata-mata kerana niatnya mahu menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser di Malaysia. Kerana niat itu dia telah menubuhkan Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah Kuala Lumpur dan Selangor.

Kisah hidupnya dari zaman student hinggalah dia dipanggil oleh MERCY Malaysia untuk menjadi Dr Clown menghiburkan kanak-kanak mangsa gempa bumi di Bagram Iran cukup menarik minat saya. Malah cerita isterinya bagaimana penerimaan keluarganya untuk dia berkahwin dengan seorang badut juga agak lucu.

Kisah Dr Bubbles ini mempunyai elemen lengkap pada sebuah filem structure. Ada Act 1, Act 2 dan Act 3. Saya kata pada Iskandar kisah hidupnya sesuai dijadikan drama tv. Kata saya pada Iskandar, khalayak penonton melayu kini dahagakan cerita-cerita yang lari dari kisah-kisah cinta uda & dara. Mereka mahukan cerita-cerita yang ada universal value apatah lagi jika ianya berdasarkan pada satu kisah benar. Drama saya HANI (2010) terbitan Layar Consult Sdn Bhd di TV3 hanyalah sebuah kisah seorang pelajar sekolah menghidapi barah otak dan kemudian menjadi buta selepas pembedahan. Tapi drama ini telah mendapat rating 2.9 juta penonton dan kemudiannya di calonkan menyertai Asian TV Awards 2011 di Singapura dalam kategori Best Serial Drama. Kerana itu saya percaya kisah jatuh bangun Dr Bubbles ini boleh diangkat menjadi sebuah drama kehidupan yang sesuai dijadikan tontonan penonton drama melayu.

Saya mahu menulis skrip tentang Dr Bubbles. Dan saya percaya semua station tv akan berebut-rebut untuk mendapatkan kisah Dr Bubbles ini.

Kerja menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser yang mendapat rawatan di hospital pada saya juga adalah kerja dakwah yang mulia dan besar ganjaranya di sisi Allah.

Keterangan lanjut mengenai Red Bubbles boleh lihat pada link : www.redbubbles.org.my


BENGKEL PITCHING ANJURAN PENULIS

Tuesday, February 26, 2013

23hb Feb saya telah dijemput oleh Persatuan Penulis Lakun Layar Kuala Lumpur & Selangor (PENULIS) untuk bertukar-tukar pengalaman dengan para penulis mengenai teknik pitching. Sesi tersebut telah di adakan di Pusat Komuniti Kejiranan Prescint 9, Putrajaya.






CERAMAH DI YADIM

Thursday, January 10, 2013

10 hb Jan. Gambar-gambar sekitar ceramah saya di ibupejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Lumpur.

Bersama Dato' Sri Zam, Naib Yang Dipertua YADIM.