TANGGUNGJAWAB EDITOR AKHBAR

Wednesday, June 30, 2010


PENTING SANGATKAH KISAH CINTA ARTIS HINGGA DILETAKKAN DI MUKA DEPAN AKHBAR? NILAI BERITA YANG TIDAK MENAMBAH DAYA INTELEKTUALITI UMAT. DI MANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL EDITOR AKHBAR UTUSAN?

ASTRO - AN INVITATION TO PITCH


1. RTM sepatutnya mengistiharkan keputusan pitching badge ke 2 pada atau sebelum 30 Jun ini. Namun saya difahamkan RTM berhadapan dengan masalah kekangan kewangan hingga mereka tidak dapat mengistihar keputusan pitching tersebut seperti yang dijangkakan. Masalah kekangan kewangan adalah masalah yang sama dihadapi oleh semua agensi kerajaan.

2. Kerana itu agak sukar dijangkakan bila sebenarnya keputusan pitching badge ke 2 dapat dilakukan.

3. Kebetulan Astro telah menjemput para penerbit dan penulis skrip menghantar proposal untuk slot tayangan pada 2011. Semua penerbit yang dulunya tertumpu pada job RTM kini berebut-rebut untuk menghantar proposal ke Astro pula. Saya percaya kebanyakkan penerbit hanya sekadar re cycle proposal yang mereka hantar di RTM sebelum ini untuk di hantar ke Astro pula.

4. Saya difahamkan setakat 30 Jun (hari ini) Astro telah menerima lebih dari seribu proposal.

5. Astro telah memberi aku janji akan memberi jawapan samada proposal itu akan diterima atau ditolak dalam tempoh sebulan.

6. Semoga Astro dapat menepati janjinya kerana RTM sebelum ini telah mengambil tempoh lebih dari 6 bulan untuk membaca semua proposal yang mereka terima.

7. Saya sempat menghantar 12 proposal melalui 7 penerbit.

8. Saya berharap dan berdoa agar proposal yang saya hantar untuk Astro Oasis akan diterima.

SCRIPT READING 'MAKBUL' DI TAMAN BUDAYA NEGERI, ALOR SETAR,KEDAH

Monday, June 28, 2010


BARISAN PARA PELAKUN 'MAKBUL'

Friday, June 25, 2010






MAZHAB SKRIP - ANTARA HITAM & PUTIH

Thursday, June 24, 2010


1. Saya mungkin agak ketinggalan kerana baru sahaja kelmarin sempat menonton filem Indonesia KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB). Walaupun dvdnya sudah lama berada dalam simpanan saya tetapi kerana kesibukan menulis skrip sebelum ini menyebabkan saya sengaja menyimpannya untuk ditonton pada waktu saya benar-benar 'merdeka' dan boleh merehatkan fikiran ketika menontonnya.

2. KCB adalah contoh terbaik mazhab skrip yang berpegang kepada keyakinan dan prinsip bahawa story line yang baik boleh digarap dengan baik tanpa watak jahat yang hitam.

3. KCB menafikan mazhab skrip yang berpendapat bahawa PUTIH akan nampak baik jika ada HITAM yang super jahat, ganas dan zalim.

4. KCB membuktikan HITAM tidak semestinya watak seorang antoganist jahat yang hitam tapi boleh juga di potrai dalam bentuk nafsu sarakah dalam diri seseorang yang lemah iman dan berkepentingan.

5. Namun pengkarya filem di Malaysia kurang setuju dengan mazhab PUTIH TANPA HITAM ini kerana pada mereka ianya tidak punya nilai komersial dan tidak menguntungkan.

6. Mungkin kerana itu tidak ada penerbit filem yang mahu menerbitkan filem genre dakwah saperti KCB.

7. Namun KCB membuktikan skrip yang baik dan garapan yang baik mampu memberi nilai komersial pada filem genre dakwah.

MAKBUL The Series - Sebuah Cerita Tentang 'Doa'

Tuesday, June 22, 2010


1. Drama saya MAKBUL 26 episod (1 jam) kini sedang berada dalam proses script reading bertempat di Taman Budaya Negeri, Alor Setar Kedah. Shooting akan bermula pada 24.Jun ini sehingga minggu pertama ramadhan dan mengikut jangkaan akan disambung semula pada pertengahan Syawal.

2. Drama genre komedi ini diterbitkan secara in-house oleh Unit Drama RTM dan diarahkan oleh saudara Asri Alias.

3. Sinopsis - kisah Anuar (Dato' Jalaludin Hassan) seorang usahawan yang percaya kejayaan yang dikecapinya selama ini adalah kerana usaha keras dan kebijaksanaannya semata. Baginya 'doa' hanya layak untuk orang yang malas berusaha dan berfikir. Namun kerana tidak mahu dituduh sebagai orang yang mengabaikan agama, Anuar kerap menghantar setandan pisang ke masjid di kampungnya setiap kali solat jumaat. Satu hari perniagaannya menghadapi masalah dan dia telah sponsor 20 orang kampung untuk pergi mengerjakan umrah dengan harapan mereka semua akan mendoakan untuknya di depan Kaabah. Anuar sendiri tidak pergi atas alasan belum sampai seru. Salah seorang yang ikut serta dalam rombongan itu adalah BOL, pemuda yang lurus bendul, tidak tahu membaca dan menulis. Sekembalinya rombongan umrah ke kampung dua minggu kemudian pelbagai peristiwa lucu berlaku. Semuanya berpunca dari Bol apabila Bol menghebohkan ke seluruh kampung doa Anuar paling makbul.

4. Saya menghabiskan masa hampir 3 bulan untuk menggarap skrip ini. Tempoh ini dianggap terlalu lama kerana pada sesetengah penulis skrip yang berpengalaman ada diantara mereka yang boleh melakukannya dalam tempoh 3 minggu sahaja untuk menulis skrip drama 26 episod 1 jam seperti ini. Saya sengaja mengambil masa lama kerana hanya mahu memberikan yang terbaik kepada Unit Drama RTM. Apatah lagi drama ini adalah sebuah drama dakwah yang dibuat dalam genre komedi, sesuatu yang bukan senang untuk dihasilkan.

5. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada http://makbul-theseries.blogspot.com atau pautan yang disenaraikan pada bloglist saya.

KOMEN KE ATAS BENGKEL FIQH PENYIARAN

Sunday, June 20, 2010

1. Bengkel Fiqh Penyiaran anjuran bersama TV AL HIJRAH, FDAM dan JAKIM semalam di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi agak membosankan. Ramai penulis skrip yang hadir juga berpendapat begitu.

2. Perbincangan dan pembentangan kertas kerja terlalu akademik dan merewang. Kesemua pembentang kertas kerja setahu saya tidak pernah tulis skrip dan tidak tahu banyak tentang filem dan drama. Mereka hanya bercakap tentang teori dan falsafah penerbitan filem dan drama islam tanpa banyak membuat rujukan pada mana-mana filem atau drama yang pernah di terbitkan samaada dalam atau luar negara.

3. Kertas kerja yang dibentangkan oleh wakil FDAM Tuan Syed Zulkifli Syed Masir pada saya paling menarik kerana dia melihat perfileman dari aspek yang lebih global. Penyataannya mengenai Dictatorship Dalam Filem begitu bernas dasn berasas.

4. Tapi saya tertarik dengan kata-kata Prof Dato' Dr Ismail Ibrahim (UKM) bila dia menyatakan 'SKRIP YANG BAIK ADALAH DAKWAH YANG BAIK'.

5. Walaupun ada kelemahan dari segi pengisian namun saya merasakan program seperti ini perlu kerap diadakan bagi mempertemukan golongan pengkarya Filem/Drama dengan golongan cerdik pandai dan para ulama.

BENGKEL FIQH PENYIARAN JAKIM/TV AL HIJRAH/FDAM DI ILIM,BANGI - 20 JUN


Antara yang membentangkan kertas kerja dalam bengkel sehari ini Prof Dr Naim (USIM), S.S Dato' Abdul Rahman Haji Osman (Mufti Pahang), Tuan Syed Zulkifli Syed Masir (FDAM), Tuan Haji Bukhari Che Muda (TV AL HIJRAH),Prof Dato' Ismail Ibrahim(UKM), Pn Eneng Faridah Iskandar (SKMM) dan En Nik Roskiman Abd Samat (Pengarah Radio IKIM FM)



MAJLIS MAKAN MALAM BENGKEL FIQH PENYIARAN JAKIM/TV AL HIJRAH/FDAM DI ILIM,BANGI - 19 JUN

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk WanMohammad memberi ucapan. Turut memberi ucapan ialah En Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Eksekutif TV AL HIJRAH dan Mat London Presiden FDAM.



MENGAKU RASUL

Wednesday, June 16, 2010

MENGAKU RASUL

1. Saya telah menonton filem ini setahun yang lepas. Ianya merupakan sebuah filem genre ajaran sesat (devisionist) yang belum pernah diteroka pengkarya filem di Malaysia kerana mungkin genre seperti ini di anggap tidak komersial dan tidak mempunyai khalayak penonton..

2. Sinopsis - kisah seorang guru di sebuah perkampungan pengikut Qadhiani Indonesia yang mengaku menjadi penyelamat untuk umat islam akhir zaman. Kampung ini akhirnya telah dibakar oleh penganut Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

3. Kisah yang diangkat menjadi filem ini adalah berdasarkan satu kisah benar. Pakaian guru ajaran sesat, amalan poligami dan unsur keberkatan yang dipaparkan dalam filem ini persis seperti yang diperjuangkan dalam kumpulan Arqam (juga dikenali sebagai Rufaqa dan Global Ikhwan).

4. Filem ini patut ditayangkan di tv Malaysia bagi menyedarkan masyarakat mengenai modus operandi amalan ajaran sesat.


videoAlign Center

CERAMAH DI PPZ

Sunday, June 13, 2010

1. 10 Jun 2010 yang lepas saya telah di jemput menyampaikan ceramah berkaitan dengan penglibatan saya dalam dunia penulisan skrip oleh PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) WILAYAH PERSEKUTUAN bertempat di Dewan Qardhawi Ibu Pejabat PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

2. Namun kerana isu 'Abuya Ghaib' yang tersiar di media sejak akhir-akhir ini ketika soal jawab dihadapan hampir 50 pegawai PPZ yang hadir hari itu, mereka lebih banyak bertanya tentang isu tersebut.

3. Sesuatu yang memang sudah saya jangkakan.

ULANG TAYANG

Monday, June 7, 2010


Drama saya CINTA SEMPURNA (20 EPISOD) kini sedang di ulang tayang di ASTRO OASIS. Selamat menonton.

SECANGKIR KASIH

Sri Carcosa Negara


1. Dua minggu lepas saya dipanggil producer Layar Consult Sdn Bhd untuk hadir sessi pitching di TV3 untuk karya terbaru saya SECANGKIR KASIH sebuah drama episod.
.
2. Idea story line SECANGKIR KASIH ini saya perolehi dari Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah.
.
Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah
.
3. Sinopsis - kisah benar mengenai seorang remaja perempuan yang menjadi buta ketika berumur 17 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Awalnya dia tidak dapat menerima takdir tuhan keatasnya. Dia dihantar keluarga ke Pusat Latihan Orang Buta di Brickfields dan kemudiannya menghafal 30 juzuk Al Quran di Maahad Tahfiz JAKIM. Remaja ini kemudiannya meninggal dunia akibat barah otak kedua yang dihinggapinya selepas pembedahan. Dia redha dengan kematiannya kerena sempat menghafal 30 juzuk Quran malah berjaya membantu JAKIM menerbitkan quran braille yang pertama di Asia Pasific.
.
4. Ketika saya bentangkan pada lima Panel TV3 yang kesemuanya adalah wanita, body languange yang mereka tunjukkan tidak menampakkan mereka minat dengan cerita itu.
.
5. Saya memberitahu penerbitnya En Yusri, SECANGKIR KASIH mungkin tidak akan terpilih kerana TV3 biasanya suka pada cerita-cerita yang penuh skandal. SECANGKIR KASIH yang agak melo dan suam-suam kuku mungkin bukan 'taste' TV3.
.
6. Namun kenyataan saya itu silap bila Rabu lepas En Yusri menalipon saya memberitahu saya dikehendaki membuat presentation sekali lagi di depan Datuk Seri Farid Riduan dan Idzham Omar(NTV7) di Sri Carcosa Negara hari ini (Isnin)
.
7. Saya diberi masa hanya 5 minit untuk meyakinkan mereka kenapa SECANGKIR KASIH patut diterbitkan untuk TV3.
.Datuk Seri Farid Ridzuan (CEO Media Prima)
.
8. Pendek saja komen Datuk Seri Farid Ridzuan dan Izham Omar ketika mereka bersalam dengan saya, "Good Story".
.
Izham Omar (NTV7)
.
9. Saya berdoa agar cerita yang diilhamkan dari kisah benar ini dapat diterima oleh TV3.
.

10. Cerita ini punya nilai dakwah dan tarbiah yang cukup tinggi. Bukan hanya sekadar menjual mimpi.
.

MENGINSTITUSIKAN KERJAYA PENULISAN SKRIP

Wednesday, June 2, 2010



1. Saya telah bentangkan blue print untuk menginstitusikan profession penulisan skrip dalam pertemuan dengan para penulis skrip di Rumah Pena Sabtu lepas.

2. Blue print ini akan dibentangkan kepada SWAM untuk mendapat maklum balas daripada pimpinan mereka kerana saya masih percaya SWAM tetap relevan dalam memertabat serta mewakili para penulis skrip dalam memperjuangkan hak dan nasib kerjaya mereka.

3. Namun saya percaya perjuangan menginstitusikan profesion penulisan skrip ini bukan mudah malah satu proses yang bakal menempuh banyak ranjau dan akan memakan masa lama. Namun saya percaya berkat kesepakatan serta perpaduan di kalangan para penulis skrip dan SWAM ianya boleh dipermudah dan dipercepatkan.


4. Maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang telah dibincangkan dalam pertemuan kedua Gabungan Penulis Skrip di Rumah Pena itu boleh di dapati di http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/