SKRIP ADALAH MARUAH

Thursday, May 27, 2010

European Scriptwriters Convention Nov 2009 di Greece.

1. Saya bakal memberi taklimat mengenai Deraf Perjanjian Antara Penulis Skrip dan Penerbit semasa pertemuan para penulis skrip 29.Mei 2010 ini.


2. Ramai penulis skrip yang mengharapkan nasib mereka akan lebih terbela dengan ujudnya deraf perjanjian tersebut.


3. Namun deraf saya tersebut mesti melalui satu lagi proses iaitu dibentangkan kepada SWAM untuk mendapat maklum balas dan merangka langkah seterusnya bagi memastikan bagaimana deraf perjanjian tersebut dapat diterima pakai oleh industri.


4. Pada saya perjanjian antara penulis skrip dan penerbit tidak akan membawa sebarang makna jika pihak-pihak yang terlibat dalam industri penerbitan drama dan filem tidak di ‘paksa’ untuk menerima kandungan perjanjian tersebut.


5. Saya akan mencadangkan agar SWAM dan FINAS menganjurkan satu konvensyen yang melibatkan semua penulis skrip samaada yang berdaftar dengan SWAM atau tidak bagi mencari kesepakatan dalam memertabatkan bidang penulisan skrip dan membela nasib para penulis skrip.


6. Semuanya akan saya bentangkan semasa pertemuan penulis skrip pada 29 Mei yang akan datang ini.


7. Namun saya percaya tugas untuk ‘memaksa’ para penerbit bukan satu tugas mudah. Tapi saya juga yakin ‘kesatuan hati’ yang padu antara para penulis skrip dalam membela nasib mereka sendiri mampu melepasi cabaran itu dengan mudah dan berkesan.


8. SKRIP ADALAH MARUAH – maruah penulis dan pengkarya bila dibayar setimpal dengan karya dan kreativiti mereka, maruah pada penerbit yang dapat menghasilkan drama terbaik untuk tontonan ramai hingga mereka diberi peluang berterusan untuk terus menerbitkan drama di station yang menyiarkannya, maruah pada station tv yang menayangkan drama tersebut hingga mendapat rating dan ruang iklan yang banyak, maruah pada pengarah yang dapat mengangkat drama tersebut dengan visual dan editing yang terbaik, maruah pada para pelakun yang terlbat dalam drama tersebut hingga mereka mendapat anugerah darinya dan juga lambang maruah sesebuah bangsa.


9. Semuanya bermula dari sebuah skrip.


10. Penulis skrip harus bangkit mempertahankan harga diri dan maruah diri.

APA DAH JADI?

Sunday, May 23, 2010


ANN Fiona Philips dari Sarawak (tengah) yang diumumkan sebagai Ratu Cantik 1Malaysia menewaskan Rodiatul Adawiah Abd. Latid (bertudung) dan Aimi Zanura Mohd Zafrullah pada majlis Malam Miss 1Malaysia di Dewan Puspanitapuri, Putrajaya, 23 Mei. - Utusan/HANAFI KHAMIS

APA SUDAH JADI MALAYSIA?

TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA

Monday, May 17, 2010


Ramai yang mencadangkan kepada saya agar menulis sambungan kepada buku pertama saya ARQAM-TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA. Buku itu setakat ini telah tercetak sebanyak 43,000 naskah. Apa pendapat anda?

SELAMAT HARI GURU, CIKGU...

Sunday, May 16, 2010


KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENGAJAR SAYA MENULIS SKRIP :

AZLINA DIN (EUROFINE), KAK HUSNA (BEKAS PENGARAH RADIO LANGKAWI), DR HATTA AZZAD KHAN (UiTM), AZMAN ADNAN (PENGARAH FILEM) DAN ISMAIL AHMAD (SETIAUSAHA KEHORMAT SWAM).

PRIMA FACIE

1. Drama saya PRIMA FACIE sebuah telemovie untuk RTM terbitan MNN Entertainment Sdn Bhd sudah memulakan pengambaran sejak 13. Mei lepas.

2. Sekali lagi ianya merupakan sebuah drama mengenai dunia peguam.

3. Sinopsis - Kisah seorang peguam wanita yang baru graduate bercita-cita menjadi seorang peguam jenayah tapi ditentang oleh tunangnya yang juga seorang peguam. Alasan tunangnya membantah adalah kerana seorang wanita tidak sesuai menjadi peguam jenayah. Dakwanya, kes jenayah adalah dunia orang lelaki. Peguam wanita itu tetap berdegil. Dia kemudian mencadangkan abangnya yang juga seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri untuk membela seorang penjenayah yang terlibat dalam satu kes rogol di mana mangsa rogol yang berumur 10 tahun adalah anak tiri tertuduh sendiri. Namun penglibatan peguam wanita dalam kes rogol ini akhirnya menjadi tragedi kepadanya.

4. Story line kes ini adalah diilhamkan dari satu kisah benar. Malah drama ini mungkin adalah yang pertama memaparkan babak dimana keterangan kanak-kanak di mahkamah dalam kes rogol diambil dengan kaedah video conferencing di mana kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol memberi keterangan di bilik lain dan hakim serta peguam mendengarnya melalui kaca tv di dewan bicara.

5. Drama arahan Mohd Nor Bujang itu dibintangi oleh Nishar Dir, Aman Grasika, Roy Azman dan Aishah Tan.






KARYA SEORANG DAI'E BERFIKIRAN FIQH

Sunday, May 9, 2010

Filem dakwah terbaru di Indonesia yang mendapat sambutan hangat.

1. Kesungguhan industri filem Indonesia melahirkan filem genre dakwah sejak beberapa tahun kebelakangan ini ternyata berjaya memberi alternatif baru kepada khalayak penonton yang dahagakan filem bercorak keagamaan di sana.

2. Antara filem yang saya maksudkna adalah AYAT-AYAT CINTA, KETIKA CINTA BERTASBIH, WANITA BERKALONG SORBAN DAN SANG MURABBI.

3. Yang terbaru pada Nov 2009 sebuah filem dakwah bertajuk EMAK INGIN NAIK HAJI begitu mendapat sokongan dan pujian khalayak penonton di Indonesia.

4. Kebangkitan genre dakwah ini terjadi bukan secara kebetulan. Tapi adalah kerana ujudnya para pendakwah yang juga penulis skripnya saperti Ustaz Habiburrahman (Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih) yang dapat menghayati apa yang dikatakan 'Berjiwa Dai'e Dan Berfikiran Fiqh'.
Align Center
5. Di Malaysia mungkin ramai yang mendakwa mereka berkarya untuk dakwah tapi sejauh mana mereka dapat memahami dan menghayati konsep 'Berjiwa Dai'e Dan Berfikiran Fiqh' ini agak sukar dijawab. Ini kerana ramai pengkarya mendakwa mereka berdakwah dalam filem tapi hakikatnya visual yang mereka paparkan pada big screen banyak yang bertentangan dengan aqidah, akhlaq dan syariat Islam. David Teo dari MIG juga pernah mendakwa dia mahu berdakwah dalam filemnya.

6. Melihat trailer EMAK INGIN NAIK HAJI di Youtube sahaja, saya sudah dapat menjangka filem tersebut mempunyai mesej dan tema yang baik yang datang dari skrip seorang penulis skrip yang baik.

7. Sinospsis - kisah seorang ibu tua yang sudah lama mengumpul duit untuk pergi haji tapi masih jauh dari mencukupi. Anak bujangnya yang cacat cuba mengikhtiarkan sesuatu untuk memastikan ibunya punya cukup duit mengerjakan haji tapi kecacatannya menjadikan misinya itu terlalu mustahil untuk ditunaikan.

8. Saya juga berkesempatan melihat di youtube sebuah filem yang punya mesej dan tema yang hampir serupa iaitu filem bertajuk LE GRAND VOYAGE. Sebuah filem Peranchis yang ditulis skrip dan diarahkan oleh seorang berketurunan Arab warga Peranchis.

Filem Peranchis genre dakwah

9. Sinopsis - kisah seorang ayah yang sudah lanjut usia mengajak anak bongsunya menjadi pemandu keretanya dalam perjalanan dari Peranchis menempuh beberapa buah negara di benua Eropah hingga ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji kerana tidak cukup duit menaiki kapalterbang. Si anak kebetulan dilahir dan dibesarkan di Peranchis tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hidupnya.

10. Ceritanya menarik kerana dibuat dalam genre travelougue tapi saya dapat rasakan karya tersebut bukan dibuat oleh seorang penulis yang berjiwa dai'e dan berfikiran fiqh. Mesej dakwah yang cuba disampaikannya agak kurang jelas pada penamat cerita.

11. Kedua-dua filem ini perlu ditonton bagi mencari perbandingan dan kefahaman mengenai apa yang dikatakan karya dari seorang pengkarya semata dengan seorang pengkarya yang punya jiwa dai'e dan berfikiran fiqh.

12. Saya banyak belajar mengenai persoalan berjiwa dai'e dan berfikiran fiqh ini dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil (http://saifulislam.com) dan Ustaz Adib Samuri (http://al-Adib.net) dan akan terus mengutip ilmu dari mereka berdua.


video

KITT KITTREDGE An American Girl

Tuesday, May 4, 2010


1. Saya sempat menonton filem KITT KITTREDGE An American Girl di channel HBO malam tadi.

2. Filem terbitan 2008 arahan Patricia Rozema dan skrip oleh Valarie Trip ini begitu menarik kerana ia mengangkat serta memaparkan isu bagaimana orang dewasa bergelut untuk hidup di zaman Great American Depression pada awal tahun 30an dahulu.

3. Uniknya garapan skrip oleh Valarie Trip ini ialah bagaimana jalan ceritanya diangkat dari kacamata dan perspektif seorang kanak-kanak berumur 10 tahun bernama Kitt Kittredge.

4. Film ini diterbitkan ketika Amerika berdepan dengan The Second American Depression pada tahun 2007-2009 baru-baru ini bagi memberi semangat kepada warga Amerika bagaimana untuk bangkit membina keyakinan diri dalam menghadapi kemelesetan ekonomi.

5. Filem ini telah mendapat anugerah Best Kids Film Of 2008 di Amerika. Jalan cerita yang very inspirational seperti ini patut diperbanyakkan dalam dunia perfileman kita di Malaysia.

6. Malah kita patut adakan anugerah khas untuk filem atau drama kanak-kanak juga.

MADAI MENANTI

Saturday, May 1, 2010

Keratan akhbar The Sabah Times pada 15 April 2010

1. Drama 13 episod MADAI MENANTI di mana saya telah menghasilkan skripnya ilham dari cerita asal penerbitnya sendiri telah mula ditayangkan pada setiap Selasa jam 12.30pm-1.30pm sejak 3 minggu lalu. Selasa lepas saya sempat menonton ep 3 tapi tertinggal menonton ep 1-2.

2. Skrip Madai Menanti ini adalah antara skrip paling mencabar kreativiti saya kerana ianya melibatkan cerita mengenai aktiviti mengutip sarang burung milik kaum Idahan di Gua Madai, Lahad Datu, Sabah. Mengguna pakai nama-nama suku kaum Idahan dalam membina watak-watak dalam skrip cukup mengeliru dan memeningkan saya.

3. Saya mendapat tahu dari penerbitnya sejak hari pertama shooting lagi, drama ini berdepan dengan masalah perselisihan faham antara penerbit dan pengarah. Perselisihan ini bukan sahaja berlaku sepanjang proses shooting tapi berpanjangan hingga ke peringkat editing. Keadaan menjadi lebih kronik apabila RTM terpaksa memberi amaran akan reject keseluruhan 13 episod drama ini jika tidak di edit pada standard seperti yang dikehendaki oleh bahagian QC di RTM.

4. Sangka saya setelah Madai Menanti mula disiarkan 3 minggu lepas, masalah perselisihan faham itu telah selesai. Tapi sangkaan saya merosot apabila terbaca keratan akhbar The Sabah Times bertarikh pada 15 April dan 20 April 2010.

Keratan akhbar The Sabah Times pada 20 April 2010.

5. Sebagai penulis skrip, saya tidak boleh campur dengan perselisihan faham yang berlaku antara Penerbit dan Pengarah itu.

6. Walau apapun saya bangga diberi peluang penerbitnya untuk menulis skrip Madai Menanti. Saya telah menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Lahad Datu, Sabah pada Feb 2009 untuk membuat kajian dan bertemu dengan pemimpin masyarakat kaum Idahan di sana bagi mendapatkan fakta mengenai kaum idahan dan sejarah Gua Madai.

7. Saya teringin pula jika diberi peluang selepas ini untuk menulis tentang perusahan memproses mutiara dan aktiviti menangkap ikan masyarakat Bajau yang berlatar belakangkan keindahan pulau Semporna.

8. Selamat menonton.