CERITA KERETAPI

Sunday, May 31, 2009


1. 30 mei 2009 baru ini, akibat kegagalan mendapatkan tiket kapalterbang ke Kota Bharu Kelantan, saya dan isteri telah menaiki perkhidmatan keretapi KTM Express Wau dari KL Sentral-Wakaf Bharu.

2. Ketika isteri tidur lena di bahu, saya mula mengelamun. Ketika itu apa yang terbayang dalam ingatan saya adalah kepada sebuah movie terkenal pada tahun 1985 "Romance On The Orient Express" lakunan Cheryll Ladd. Story line kisah cinta dalam movie tersebut masih basah dalam ingatan saya. Ianya mengenai sepasang kekasih yang berpisah tapi bertemu semula beberapa tahun kemudian dalam keretapi Orient Express yang sedang dalam perjalanan dari Istanbul ke London. Kisah cinta yang sungguh sedih dan menghayat hati. Ia dianggap filem cinta terbaik selepas filem "LOVE STORY' lakunan Brian Oniel.


3. Pada Feb 2009 sebelum itu, saya bersama sahabat saya Ahmad Izhar (Layar Consult Sdn Bhd) telah membuat recce untuk satu dokumentari mengenai perkhidmatan keretapi dari Beufort-Tenom milik Sabah State Railway Department (SRD) yang telah berumur lebih seratus tahun (telah memulakan operasi pada 19886). Satu pengalaman yang cukup unik dan menarik.

4. Ketika dalam koc keretapi yang serba daif dan uzur itu saya sempat tersenyum sendirian. Saya teringatkan cerita Bollywood 'Dil Se' lakunan Shah Rukh Khan dan Monica Koraila. Dalam satu babak dalam Dil Se itu ada babak di mana Shah Rukh Khan menari atas bumbung keretapi sambil menyanyikan lagu Chaiyya, Chaiyya. Saya sempat berangan dan membayangkan diri saya ketika itu sedang menari dan menyayi lagu Chaiyya, Chaiyya itu atas bumbung keretapi dari Beufort-Tenom ketika itu.


5. Saya teringin sekali membuat cerita cinta yang menjadikan keretapi sebagai latar ceritanya seperti mana dalam ROMANCE ON THE ORIENT EXPRESS dan DIL SE. Saya sudah pun mempunyai story-line dan kisah cerita cintanya. Saya harap ada penerbit yang minat untuk menerbitkannya secara episod.

6. Saya percaya orang Sabah akan menyambut baik cerita yang mengambil perkhidmatan keretapi SRD sebagai latar ceritanya kerana perkhidmatan keretapi di Sabah adalah satu-satunya (The Only) perkhidmatan keretapi yang terdapat di seluruh kepulauan Borneo.

video

video

video




























gambar shooting CINTA SEMPURNA 2







gambar

gambar shooting CINTA SEMPURNA

Wednesday, May 27, 2009






















DARI 'FITRAH' KE 'CINTA SEMPURNA'

Tuesday, May 26, 2009

Drama Commissioning Unit (DCU) Astro telah mencadangkan title drama FITRAH ditukar. Hasil perbincangan maka title CINTA SEMPURNA telah di persetujui. CINTA SEMPURNA adalah title lagu terbaru YUNA. Title ini dipilih kerana lirik lagi CINTA SEMPURNA menepati mesej dan story-line drama FITRAH.

CINTA YANG SEMPURNA - YUNA
AKU MANUSIA LEMAH SELALU TERJATUH
BERBEDA AKU DARI MU
KAU BERDIRI TEGUH
AKU SERBA TIADA AKU KEKURANGAN
DAN BILA KAU TIBA AKU HILANG DARI KEWUJUDAN
SEMPURNANYA SIFATMU
TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA
DARIMUUDARIMUUU…OAHH…
BUKAN AKU TAK PERNAH MENGERTI DIRIMU
KUSANJUNG SETIAP KATA CINTA KAU BERIKAN
AKUHILANGKAN RASA ITU
AKHIRKAN SEMUA
DAN BILA KAU SEDAR
AKU HILANG DARI KEWUJUDAN.. OOOO
SEMPURNANYA SIFATMU
TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA
DARIMUU
DARIMUUU…OAHH…